Jom cari dalam sensasi blog

Tuesday, October 9, 2007

Lawak Sengal

Posted on 6:42 PM by Sitcom

Katak

Seorang saintis ingin membuat kajian tentang seekor katak,dia pun mengambil seekor katak dan menguji lompatan katak tersebut,
ujikaji pertama dijalankan oleh saintis tersebut, saintis itu meletakkan katak dan menyebut "LOMPAT!" kemudian katak itu melompat 4 kaki jauh.
Saintis itu menulis dalam buku ujikaji nye :katak 4 kaki,lompat 4 kaki jauh.
Kemudian saintis memotong 2 kaki katak dan menyebut "LOMPAT!"
Katak melompat 2 kaki jauh.
Kemudian dia menulis :katak 2 kaki,lompat 2 kaki jauh.
Kemudian saintis memotong lagi 2 kaki katak dan dia menyebut "LOMPAT!" Katak tidak melompat, kemudian dia menyuruh lagi katak tersebut lompat tetapi katak tidak melompat, dan dia pun menulis dalam buku ujikaji nye :
katak tak ada kaki, mengalami masalah pendengaran...

:: KUCING ::

Kucing la....
Seekor kucing kepunyaan seorang pakar konselor menyusup masuk pasar jualan ikan...dan mencuri seekor ikan tenggiri..
Penjual ikan lalu pergi ke pejabat pakar konselor tadi dan bertanya: "Kalau seekor kucing yang dilepas dan mencuri seekor ikan tenggiri dari kedai saya, apakah saya ada hak untuk menuntut ganti rugi dari pemiliknya ?"
"Tentu saja!" jawab pakar konselor... Penjual Ikan bersorak kegembiraan
"Bagus... kalau begitu encik harus membayar saya RM 10.00 untuk seekor ikan tenggiri yang dicuri oleh kucing encik dari kedai saya tadi pagi."
Pakar konselor tanpa sepatah kata pun terus membayar RM 10.00 kepada penjual ikan tersebut...
Keesokannya ketika penjual ikan mengambil surat dari peti surat rumahnya.. dia bertemu sekeping surat dari pakar konselor tersebut.... kandungannya: "
RM 200.00 untuk perkhidmatan kaunseling"

:: CUTI SEKOLAH ::

Cuti Sekolah
Pada pagi yang ceria di dalam kelas darjah 3 Anggerik Cikgu Roslina bertanya pada anak muridnya kemana mereka ingin pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah yang akan datang.

Cikgu : Siti pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi kemana ?
Siti : Saya nak balik kampung atuk saya di Pahang.
Cikgu : Kamu Ramli?
Ramli : Saya nak pergi Genting Highland.
Cikgu : Kamu Ahmad?
Ahmad : Saya teringin nak pergi bulan la cikgu.Semua murid-murid ketawakan Ahmad.
Cikgu : Ahmad.. kalau nak pergi bulan kena jadi angkasawan dulu...ok. Kamu pula Adam.

Dengan semangat Adam menjawab...
Adam : Saya nak pergi Matahari...
Cikgu : Adam... matahari kan panas mana ada manusia pergi sana....
Adam : Kita pergi malam.....

No Response to "Lawak Sengal"

Leave A Reply