Jom cari dalam sensasi blog

Monday, October 8, 2007

Lawak Pagi untuk semua!

Posted on 6:58 PM by Sitcom

seorang guru bersoaljawab dengan murid dalam mata pelajaran sains.
tiba-tiba murid bertanya soalan kepada guru.

murid:banyak-banyak burung, burung apa yang badannya dikaki, kepalanya dikaki, sayapnya dikaki, kakinya pun dikaki?
guru:mana ada burung yang macam tu.
murid:ada cikgu..burung kena pijak..

*****************************************************************************************
Disekitar awal tahun 90-an,daerah Setiu digemparkan dengan berita yang mengatakan orang meninggal, hidup balik.

Untuk mendapatkan kepastian tersebut,wartawan Ahmad Naem telah menemu bual seorang penduduk kampung yang tinggal di daerah tersebut.

Ahmad :Assalamualaikum pak cik...
Pak cik :Waalaikumussalam cu..
Ahmad :Saya Ahmad Naem dari Edisi Sia Sia,ingin menemuramah pakcik mengenai berita yang mengatakan orng meninggal hidup balik..
Pak cik :Ooo...memang benar sekali cu...setelah orang meninggal tersebut dikebumikan,maka orang yang hidup, balik ke rumah la....tak gitu.???
Ahmad :????????????

*********************************************************************************************
BANGLA

Bangla dan rakannya sedang berbual

Bangla : Esok saya nak balik bangladesh, isteri saya mengandung 3 bulan.
Rakan : Wah mesti awak gembira
Bangla : Sudah tentu, sudah 3 tahun saya tak balik!
Rakan : ?????
*******************************************************************************************
TEH

Ada seorang pemuda ke kedai mamak dia hanya ada 70 sen semasa itu.

Pemuda : Mamak berapa harga teh panas deengan sejuk?
Mamak : Panas 70 sen sejuk RM1.20.
Pemuda :! Bagi teh panas 1.

Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum.
Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat?
Pemuda : Kalau saya tunggu lama2 nanti sejuk tak fasal2 saya kena bayar RM1.20.

*********************************************************************************************
penjual roti

Seorang penjual roti di langgar sebuah bas.
Akibatnya, dia tercampak dari motor rotinya dan masuk ke dalamlongkang..
Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan..S
ambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya..dia terus merintih kesakitan.
Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya..

"Ada apa encik..? Ada apa ?"
Dengan suara yang perlahan dan dengan merintihkesakitan..
penjual roti itu berkata,"Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu ... Adaaaaaa rotii coklaaaattt ..."

No Response to "Lawak Pagi untuk semua!"

Leave A Reply