Jom cari dalam sensasi blog
Tuesday, May 12, 2009
Roslin-Faizah sah bercerai talak satu Bain Shugra
PETALING JAYA: Kes perceraian pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim dengan bekas isterinya, Faizah Mohammad disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, petang tadi.
Hakim Syarie, Jamil Ahmad berkata, mahkamah membuat keputusan itu setelah memutuskan talak yang dilafazkan oleh Roslin pada pukul 10.50 malam, 11 Februari di rumah ibu bapa plaintif (Faizah) di Taman Puchong Perdana adalah sorih, dibuat dalam keadaan sedar serta mengikut hukum syarak.
Menurutnya, mahkamah juga membuat keputusan itu berdasarkan sumpah terdahulu Roslin yang tidak pernah bersetubuh dengan bekas isterinya.
"Plaintif (Faizah) tidak ada edah jadi tidak boleh rujuk. Kalau nak kembali, kena kahwin semula," katanya.
Ekoran itu, mahkamah menjatuhkan talak Bain Sughra dengan satu talak.
Talak Bain Sughra adalah talak yang telah diucapkan oleh suami kurang daripada tiga kali tetapi pasangan tidak boleh rujuk semula melainkan dengan pernikahan yang baru walaupun isterinya di dalam edah.
Perkahwinan Roslin dan Faizah yang berlangsung pada 30 Januari lalu telah menimbulkan kontroversi apabila Roslin mengaku melafazkan cerai terhadap isterinya selepas 12 hari mereka bernikah.
Berikutan itu, Faizah telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini manakala Roslin juga berbuat demikian
No Response to "Roslin-Faizah sah bercerai talak satu Bain Shugra"
Leave A Reply