Jom cari dalam sensasi blog

Monday, May 18, 2009

Hritik Roshan,Gatal,suka lakonkan adegan Cium..

Posted on 6:40 PM by Sitcom

HRITHIK ROSHAN telah menyelar pihak yang didakwanya sebagai tidak berfikiran terbuka apabila mempersoalkan adegan bercium mulut dalam filem terbaru lakonannya, Kites.

"Kenapa kita berbincang mengenai adegan cium di filem? Apalah sangat kepentingannya. Bukankah industri filem di Bollywood kini sudah maju. Ya, memang ada babak bercium mulut dalam Kites, tetapi ia bukan suatu isu.

"Malah, saya sangat gembira dan selesa untuk menonton babak bercium mulut lakonan saya itu dengan isteri, anak lelaki saya dan kedua ibu bapa saya apabila filem itu ditayangkan nanti," tegas aktor tinggi lampai itu.

Menerusi Kites, Hrithik berlakon di samping aktres pelakon latin, Barbara Mori. Dia sebelum ini meraih kontroversi apabila bercium mulut dengan aktres Aishwarya Rai dalam filem Dhoom 2 dan Jodhaa Akhbar.

Tambah Hrithik: "Kites merupakan sebuah filem cinta. Ia mengenai pasangan bercinta. Jadi apa yang dilakukan pasangan yang sedang kemaruk cinta jika tidak bercium mulut?

"Memang pada mulanya saya pun malu untuk bercium mulut dengan Barbara dan hanya mencium pipinya sahaja. Barbara kemudian mempersoalkan tindakan saya itu sebagai tidak logik bagi pasangan bercinta. Jadi kami pun melakukan apa yang pasangan bercinta biasa lakukan," luahnya.


barbara mori pelakon Latinos yang pernah membintangngi drama bersiri RUBY




Tgk Video ..

No Response to "Hritik Roshan,Gatal,suka lakonkan adegan Cium.."

Leave A Reply