Jom cari dalam sensasi blog
Saturday, May 2, 2009
Komen Adlin Guris Keluarga Akim ... dan mak akim pecah rahsia Akim..huhu
Kata pepatah, bahasa jiwa bangsa. Itulah pesanan untuk kita semua termasuk jugalah pengkritik Akademi Fantasia (AF) Adlin Aman Ramlie.
Ternyata apa yang telah Adlin komen selama ini dan mungkin juga dalam konsert-konsert seterusnya perlu dikaji semula kerana Adlin harus memikirkan di mana bumi yang dipijaknya. Apakah perasaan ahli keluarga pelajar AF yang mendengar seloroh Adlin, sindirannya atau 'kata-kata hikmat' yang dilontarkan?
Terbaru minggu lalu, tindakan Adlin berseloroh bertanya adakah Akim menghisap dadah apabila melihat Akim begitu energetik, telah mengguriskan hati keluarga Akim terutama ibunya.
"Sebagi ibu, saya memang terasa hati dengan kata-kata Adlin yang mengaitkan Akim dan AF amnya dengan dadah. Kita tahu dadah itu najis, boleh membawa kepada hukuman gantung dan benda yang dibenci masyarakat tetapi kenapa Adlin harus kaitkan najis itu dengan program hiburan yang bercorak kekeluargaan seperti AF?
"Walaupun ia satu usikan dan seloroh, tetapi Adlin seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada anak muda dan pelajar AF sendiri seperti Akim. Kita kena ingat, AF ditonton oleh semua lapisan masyarakat, dari kanak-kanak hinggalah ibu bapa. Adlin kena lebih sensitif.
"Terus-terang ketika Adlin mengkritik Obri dulu, saya yang bukan ibunya juga boleh terasa apatah lagi ibu kandung Obri," katanya kepada murai.com.my.
Ibu Akim juga sedikit terkejut apabila Akim dikaitkan dengan Mat Rempit sedangkan dia tahu perwatakan anaknya itu.
"Saya kenal siapa Akim. Dia bukannya Mat Rempit. Setahu saya dia naik motor sebagai satu keperluan dan bukan merempit. Dia lebih suka jamming dengan kawan-kawannya.
"Sebenarnya, Akim baru saja dapat hadiah motor dari ayahnya selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Itu pun sebab ayahnya dah janji nak bagi. Ayahnya beli motor RXZ pun sebab badan Akim tu tinggi, kalau naik motor kecil, nampak janggal pula," katanya.
Ibu suka Akim potong rambut
Menyentuh mengenai transformasi Akim, ibunya nyata gembira dengan gaya baru Akim yang bertambah kacak. Namun, ibunya ada sedikit teguran tentang gaya rambut Akim itu.
"Memang dah lama ayah Akim suruh dia potong rambut tapi dia suka bela panjang. Saya tak kisah, janji dia suka. Tapi kalau boleh Akim pendekkan sikit rambut depannya itu. Saya rimas tengok rambutnya menutup mata.
"Pasal baju pula, saya suka kerana ia sesuai dengan umur Akim. Dari segi persembahan pula, saya tengok dia banyak peningkatan. Perubahan berlaku sedikit demi sedikit yakni tidak terlalu mendadak," katanya.
Menyentuh isu pilih kasih, ibu Akim tidak merasakan ia berlaku dan rasanya semua diberikan layanan sama rata.
"Saya rasa semuanya OK. Bagi saya, memang patut mereka kena bagi perhatian kepada pelajar AF yang tertekan. Kalau seseorang pelajar itu rasa sedih, eloklah cikgu-cikgu beri perhatian lebih. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua cikgu-cikgu yang sudi mendidik Akim selama ini. Yang penting Akim selamat dan berjaya," katanya.
Info menarik yang anda perlu tahu tentang Akim (pendedahan ibunya!)
1. Kelab peminat Akim telah ditubuhkan oleh abang Akim sendiri bersama beberapa kenalannya.
2. Akim tak pernah bercinta tetapi sekadar cinta monyet. Sewaktu Tingkatan 4, Akim pernah bekerja sementara dan terpikat dengan gadis berusia 21 tahun! Dia terus tanya ibunya... "lawa tak?" Kemudian selepas seminggu, Akim tak layan lagi gadis itu. Entah kenapa.
3. Selain pandai menyanyi, Akim juga pandai berzanji.
4. Kalau nak tahu siapa teman wanitanya, mintalah Akim untuk buka dompetnya. Di situlah Akim ada simpan foto aweknya ketika ini yang bernama Aminah (Tip untuk produksi AF7!)
5. Akim kuat merengek berbanding adik bongsunya. Dia jugalah anak yang paling rapat dengan ibunya. Dia tak pernah berpisah agak lama dengan keluarga.
6. Akim pandai memujuk hati orang bila kena marah.
7. Akim suka mencium ibunya dan anak lelaki paling manja.
8. Kalau tak dapat baju pilihan, Akim akan bersembunyi di sebalik baju itu dan tunggu sehingga ayahnya belikan baju itu untuk Akim.Kalau mahukan sesuatu, Akim akan meraung-raung untuk mendapatkannya.
9. Akim seorang yang penyayang dan tidak pernah lupa dengan adiknya. Dia seorang yang cepat mengalah tak kira dengan abang, kakak atau adiknya.
10. Akim pernah mendapat upah menyanyi RM60. Lepas dapat upah itu, dia terus pulang ke rumah dan mahu belanja semua ahli keluarga macam mendapat wang RM1 juta!
11. Akim juga pernah dapat RM30 dan mahu belanja ibunya. Apabila bertanya ibunya mahu makan apa, ibunya tidak mahu tetapi Akim tetap mahu belanja ibunya dan terus membeli mi rebus!
12. Setiap kali raya, Akim selalu tolong ibunya buat Kuih Batang Buruk.
13. Akim suka tengok bola dan tak pernah tengok diari AF dulu-dulu. Sebab itulah dia tidak tahu perjalanan Diari AF.
14. Sebelum ini, Ayah Akim pernah nafikan Fitri AF2 saudara Akim. Rupa-rupanya ayahnya tidak tahu, ayah Fitri dan ibu Akim berpangkat sepupu. Jadi Akim memanglah ada pertalian saudara dengan Fitri.
5 Selain Fitri, Mat Mega dan penyany Sofie S, Akim juga bersaudara dengan penyanyi veteran Datin Orkid Abdullah.
No Response to "Komen Adlin Guris Keluarga Akim ... dan mak akim pecah rahsia Akim..huhu"
Leave A Reply