Jom cari dalam sensasi blog

Friday, May 22, 2009

Oh No..Adam Lambert kalah American Idol 8 sebab pengakuan Gay nya..

Posted on 7:20 PM by Sitcom



DIGELAR underdog dan 'kuda hitam' oleh juri American Idol terutama Simon Cowell, namun karakter dan penampilan sederhana milik Kris Allen nyata membawa tuah apabila Amerika Syarikat telah secara rasmi mengesahkan dia sebagai Juara American Idol (AI8) untuk musim kelapan yang baru menutup edisinya, Rabu lalu.

Hos program berkenaan, Ryan Seacrest sendiri melaungkan gelaran yang sama ketika mengumumkan kemenangan Allen, sekali gus seorang lagi finalis AI8, Adam Lambert hanya berpuas hati sebagai naib juara.

"Saya gembira dengan keputusan ini, tapi rasanya Lambert lebih berhak memenanginya.

"Saya tak tahu bagaimana hendak meluahkan perasaan ketika ini, saya minta maaf. Ini tidak masuk akal," luah Allen, 23, penuh terharu sebaik diumumkan juara.

Dalam fikiran Allen mungkin dia tidak mampu mengalahkan Adam Lambert. Bukan sahaja dari segi kelantangan vokal serta penguasaan pentas yang mengagumkan, bahkan Lambert juga disebut-sebut oleh juri sebagai juara menanti sejak dari awal lagi.

Juri juga menggelarkan konsert akhir AI8 sebagai The Adam Lambert Show yang bermaksud malam yang menjadi milik Adam Lambert. Persembahan oleh peserta lain tidak ubah seperti sekadar penyanyi jemputan.

Namun apa yang berlaku pula sebaliknya, peminat yang menyanjungi bakat Adam Lambert sekadar dapat memuja penyanyi yang mengecat kukunya dengan warna hitam itu. Setakat itu sahaja, kerana di tangan Lambert tidak terjulang trofi AI8.

Atau mungkinkah pengundi AI8 lebih memilih Allen atas dasar status dirinya yang heteroseksual berbanding Lambert yang dilaporkan mengakui dirinya gay selepas diminta memberikan komen mengenai foto yang tersebar di Internet yang menunjukkan dia dan seorang lelaki bercium?

Walau apa pun, buat dua pemuda Amerika berbakat besar itu, Simon Cowell memberi nasihat akhirnya sebagai juri.

"Sebenarnya saya jarang berkata begini tetapi untuk kamu berdua, bagi saya kamu berdua sangat bijak dan masa depan sebenarnya ada di tangan kamu," kata Simon mengakhiri komennya sebagai juri pada malam berkenaan.

Sebelum itu Cowell juga pernah berkata kepada Allen: "Apabila nama kamu diumumkan sebagai peserta final, saya mula terfikir, saya tidak pasti adakah warga Amerika telah membuat keputusan yang tepat."


Benar Lambert dan Allen saling bersaing untuk merebut gelaran juara, bagaimanapun sebelum siapa juara A18 diputuskan, Lambert dan Allen berkongsi semangat setiakawan yang telah terjalin sepanjang berada dalam pertandingan menerusi satu persembahan bersama.

Mereka berduet menyanyikan sebuah lagu kebangsaan rock We Are the Champions diiringi oleh kumpulan Queen, pemilik asal lagu berkenaan.

"Adam Lambert memang bukan pemenang, yang menang adalah Kris Allen tapi tiada sesiapa yang kalah pada pertandingan ini. Mereka berdua sebenarnya adalah juara," komen Paul Stanley, ahli kumpulan Kiss kepada para media.

Komen-komen daripada Cowell dan Stanley sebenarnya bukan sekadar pujian biasa. Sejarah peserta AI yang terdahulu membuktikan bahawa peserta yang tidak berjaya menyandang gelaran juara bukan peserta yang kalah manakala menjadi juara tidak bermakna akan bergelar superstar.

Sebagai contoh, Chris Daughtry dan Jennifer Hudson hanya berjaya sampai ke minggu keempat dan ketujuh sepanjang bergelar peserta AI walau bagaimanapun mereka tetap sukses bergelar bintang

Begitu juga dengan juara Idol yang lain, ada yang menyerlah sehingga menjadi bintang terkemuka seperti Carrie Underwood malah ada juga yang terpinggir dari arus komersial seperti seperti Taylor Hicks.

Persembahan Rabu lalu juga seperti dibayangi malam final AI tahun lepas, apa yang berlaku tidak seperti apa yang diramalkan banyak pihak.

Pada musim lepas, Cowell sudah sepenuh hati mahu menyarung mahkota Idol kepada David Archuleta dengan menggelarkan pemuda comel itu sebagai penghibur terbaik namun kegemilangan AI7 tetap berpihak kepada David Cook.

Lambert layak bergelar penghibur unik yang energetik, penuh tarikan. Dialah rockstar yang sentiasa mendapat sokongan penuh daripada peminatnya. Tetapi kemenangan Allen mungkin sudah tersurat dan tidak boleh dielak.

Biarpun tidak mendapat petunjuk awal, Allen tampil dengan persembahan yang memukau pada malam final. Keyakinannya bertambah dan berjaya menawan perhatian seluruh audiens dengan alunan vokal yang penuh penghayatan, sifat rendah diri yang menebal serta paras rupa yang tidak kalah.

Allen juga meraih markah tinggi berdasarkan kemampuannya sebagai penyanyi dan komposer untuk lagu Kanye West, Heartless yang digubahnya semula. Dia mencipta identitinya yang tersendiri bersama gitar yang dimainkan, vokal yang nyaring serta sedikit sentuhan muzik elektronik.

Penyingkiran Danny Gokey juga mungkin salah satu daripada faktor peningkatan undi terhadap Allen. Gokey sampai ke garisan penamatnya di tangga ketiga. Penyingkiran Gokey memberi laluan kepada Allen dan dalam masa yang sama meninggalkan para pengundinya untuk terus menyokong peserta yang masih meneruskan persaingan, terutama Allen.

Di mata para pengundi, Allen berkongsi persamaan dengan Gokey dan itulah yang memberikan impak terhadap Allen.

Allen dan Gokey, 29, yang berasal dari Milwaukee, dikelaskan sebagai sedikit konservatif jika dibandingkan dengan Lambert dari segi penampilan di pentas serta dan pemilihan pakaian.

Allen sudah berkahwin dan bekerja sebagai ketua kakitangan di gereja manakala Gokey pula seorang balu dan bekerja sebagai pengarah muzik di sebuah gereja. Mungkin persamaan itu yang mempengaruhi undian terhadap Allen.

Allen, Lambert saling kontra

Allen dan Lambert pula dua individu yang sangat kontra. Lambert, 27, berasal dari Los Angeles, menyanyi sejak di bangku sekolah, pernah terlibat sebagai pelakon teater muzikal dan membawa personaliti rock yang begitu menyerlah.

Ditambah lagi dengan seleksi lagu dendangannya seperti Whole Lotta Love daripada Led Zeppelin. Satu-satunya peserta Idol yang membawakan lagu Led Zeppelin ke pentas Idol. Dia juga seorang yang kuat berahsia dan menyimpan segala kisah peribadinya untuk tidak diketahui pihak media. Katanya, hanya dia yang tahu siapa dirinya.



Awal minggu, sebelum konsert malam kemuncak AI8 berlangsung. Allen pernah tampil dengan satu pengharapan. Dia berharap bakal meraih undi dan sokongan daripada semua termasuklah daripada pengikut Kristian.

Kenyataan Allen itu juga menerima pandangan balas daripada Lambert.

"Dengan bakat yang saya miliki, persembahan yang telah saya lakukan serta pakej yang saya ada, saya harap sesuatu yang besar akan berlaku. Ia tidak semestinya atas dasar agama ataupun perkara-perkara lain yang sebegitu," balas Lambert sedikit mengecam Allen secara sinis.

Tambah Lambert: "Semuanya tentang muzik. Itu perkara paling penting yang harus tertanam dalam fikiran semua."

Dalam persembahan Selasa lalu, Allen menonjolkan kemerduan vokalnya dengan Ain't No Sunshine dalam versi soul. Namun dia sedikit tersandung ketika menyampaikan lagu No Boundaries, sebuah lagu balada yang ditulis bersama Kara DioGuardi. Penyampaian lagu berkenaan kedengaran seperti ada yang tidak kena dengan vokal Allen.

Berbanding Allen, Lambert melakukan persembahan yang lebih sempurna untuk lagu No Boundaries. Di tangannya juga berlaku sesuatu yang sungguh mengujakan ketika lagu Mad World dan A Change is Gonna Come dinyanyikan.

"Inilah persembahan dan dendangan terbaik daripada kamu yang pernah saya saksikan," laung Paula Abdul kepada Lambert.

Kejutan bikini Katrina

Menyentuh tentang konsert akhir AI8, seperti biasa bukan hanya peserta final yang tampil membuat persembahan secara solo sebaliknya konsert berdurasi selama dua jam itu turut dimeriahkan dengan acara-acara sampingan yang menambat perhatian.

Antaranya penyampaian anugerah seperti Golden Idol Award yang berpihak kepada Katrina Darrell, salah seorang peserta AI8. Dia sekadar berbikini dan menang Golden Idol untuk pakaian beragam terbaik.

Menambah skala kemeriahannya, konsert akhir oleh Allen turut disertai Keith Urban menerusi lagu Kiss A Girl, sementara Lambert pula memberikan persembahan penuh gegaran dengan kehadiran kumpulan rock Kiss.



Salah seorang peserta wanita musim kali ini, Allison Iraheta membuat persembahan pembukaan untuk Fergie dan Black Eyed Peas yang menyanyikan lagu Big Girls Don't Cry.

Iraheta turut berduet bersama Cyndi Lauper dengan lagu Time After Time. Danny Gokey turut diberi kesempatan bersama Lionel Richie dengan dua persembahan.

Penyanyi rock legenda Rod Stewart juga membuat kemunculan istimewa dengan lagu berjudul Maggie May.

Bukan sahaja penyanyi yang dijemput ke pentas malah pelakon komedi popular Steve Martin juga mampu memberikan variasi kepada ritma konsert akhir . Steve menyanyikan lagu Pretty Flowers bersama-sama dengan Megan Joy serta Michael Sarver, juga antara peserta Idol.


Sensasi:
Adam Lambert merupakan peserta yang penuh Energetik,suara lantang,hensem,berpewatakan menarik dan antara terbaik sepanjang 8 musim American Idol..Skaldal gay dibangkitkan setelah tersebarnya gambar2 gay Adam...
Adam membuat pengakuan bahawa dia Gay...Lantas telah menyebabkan kekalahan dipihaknya..

nie laa antaranya ..kenali Adam Lambert

Gambar2 Adam dan Gay nye






:58 "i didn't learn my words cuz I didn't know I was gonna sing this song"


Teater Musical..



Lagu nyanyian Adam Ring of Fire


Adam Studio Version Ring of Fire



Johnny Cash Ring of Fire



P/S:American Idol memang berbakat semuanya tak mcm AF,OIAM atau Mentor..macam dot..dot..langsung tak berbakat..nyanyi tah hape2...

No Response to "Oh No..Adam Lambert kalah American Idol 8 sebab pengakuan Gay nya.."

Leave A Reply