Jom cari dalam sensasi blog
Tuesday, May 12, 2009
Jamal Lalok semasa lafaz cerai?bersetubuh lepas 2 hari bercerai..
KES cerai melibatkan penyanyi Jamal Abdillah dengan bekas isterinya, Fatimatuzahra Samat kembali menghangatkan industri seni hiburan tanah air apabila pengesahan lafaz cerai itu dibicarakan semalam.
Selepas kedua-duanya dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, keputusannya masih belum ditetapkan memandangkan Hakim Syarie Drs Atras Mohamed Zin telah menundakan pengesahan ini pada 23 Jun depan, pukul 9.30 pagi.
Jamal ketika diminta memberikan komen mengenai kesnya bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Sambil tersenyum, dia berkata, “Inilah komen saya.” Lalu dia membuat isyarat seperti sedang mengunci mulutnya daripada berkata-kata.
Dalam pada itu, bekas isteri Jamal juga enggan memberikan komennya.
“Saya tak nak komen. Kes ini suatu yang rumit...,” ulas Fatimatuzahra ringkas.
Sementara itu, peguam syarie Hairunnajmi Najmuddin yang mewakili Fatimatuzahra menganggap kes yang dikendali olehnya itu sebagai kes yang normal berlaku terhadap pasangan lain sebelum ini.
“Bagi saya, kes seperti ini agak normal berlaku. Setakat ini, saya tak boleh komen dan memberikan apa-apa maklumat tentang pengesahan cerai kerana ia berkaitan fakta,” ujarnya.
Berikut adalah verbatim melibatkan plaintif (Fatimatuzahra) dan defendan (Jamal Abdillah) ketika mereka dibicarakan di dalam Mahkamah Rendah Syariah:
Hairunnajmi: Bila lafaz?
Fatimatuzahra: 15 Mei 2007, pukul 8 malam.
Hairunnajmi: Di mana?
Fatimatuzahra: Waktu dalam kereta.
Hairunnajmi: Ada orang lain?
Fatimatuzahra: Tiada.
Hairunnajmi: Bagaimana lafaz dibuat?
Fatimatuzahra: (Dalam nada sebak) Aku ceraikan kau dengan talak satu.
Hairunnajmi: Jelas dengar?
Fatimatuzahra: (Sebak) Jelas.
Hairunnajmi: Ketika defendan (Jamal Abdillah) lafaz cerai ini, defendan dalam keadaan yang bagaimana?
Jamal: Bantahan, Yang Arif.
Hairunnajmi: Ada sesiapa paksa defendan lafaz cerai?
Fatimatuzahra: Tiada.
Hairunnajmi: Semasa kamu berada dalam kereta, dia sedar atau tidak ketika melafazkan cerai?
Fatimatuzahra: Kurang pasti sebab keadaan dia tak seperti orang yang normal.
Hairunnajmi: Pernikahan dengan defendan?
Fatimatuzahra: Satu tahun lebih.
Hairunnajmi: Apa yang dia ucap sebelum lafaz ini?
Fatimatuzahra: Lafaz itu berlaku secara tiba-tiba. Saya tengah bawa kereta, tiba-tiba dia cakap macam tu.
Hairunnajmi: Ada berbual apa-apa sebelum defendan lafaz cerai?
Fatimatuzahra: Tiada.
Hairunnajmi: Berapa lama naik kenderaan?
Fatimatuzahra: Dalam 20 minit.
Hairunnajmi: Tanpa sebarang perbualan?
Fatimatuzahra: Tiada.
Hairunnajmi: Adakah defendan mabuk?
Fatimatuzahra: Tidak. Cuma dia tidak seperti biasa.
Hairunnajmi: Reaksi kamu?
Fatimatuzahra: Terkejut dan terdiam. Saya hanya hantar suami balik.
Hairunnajmi: Ada dapat penjelasan?
Fatimatuzahra: Tidak.
Hairunnajmi: Bawa kereta dari mana?
Fatimatuzahra: Sunway Mentari.
Hairunnajmi: Selepas lafaz (15 Mei 2007), ada hidup sebagai suami isteri?
Fatimatuzahra: Tidak.
Hairunnajmi: Ada rujuk?
Fatimatuzahra: Tidak ada.
Hairunnajmi: Lafaz berapa kali?
Fatimatuzahra: Sekali.
Hairunnajmi: Ada buat hubungan kelamin selepas edah (lafaz cerai)?
Fatimatuzahra: Ada. Dua hari selepas itu.
Hairunnajmi: Selepas berlaku hubungan kelamin, adakah hidup sebagai pasangan suami isteri?
Fatimatuzahra: Tidak.
Hairunnajmi: Sebelum dengan defendan, pernah bercerai sebelum ini?
Fatimatuzahra: Tidak.
Hairunnajmi: Semasa lafaz cerai, bagaimana keadaan kamu?
Fatimatuzahra: Suci.
Hairunnajmi: Yang kamu fahami perkataan ‘kau’ oleh defendan dituju kepada siapa?
Fatimatuzahra: Diri saya.
Hairunnajmi: Yang kamu faham, berapa talak jatuh kepada kamu?
Fatimatuzahra: Satu.
Hakim Syarie: Defendan, ada apa-apa bantahan?
Jamal: Saya membantah atas pernyataan bahawa saya dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dia tidak dapat buktikan.
Hakim Syarie: Plaintif, berapa lama tempoh suci selepas bersalin?
Fatimatuzahra: Selepas bersalin, saya suci selama empat bulan dan pernah datang haid.
Hakim Syarie: Maksudnya, kamu suci biasa. Dalam masa yang sama, tempoh suci dalam dua hari kamu bersama?
Fatimatuzahra: Saya berada dalam keadaan yang suci.
Fatimatuzahra selesai memberi keterangan dan keluar dari kandang bicara. Jamal pula yang dipanggil untuk disoal siasat.
Hairunnajmi: Mengaku ada lafazkan cerai pada 15 Mei 2007?
Jamal: Seingat saya, saya lafaz pada waktu 10 pagi. Saya lafaz pada waktu tu minta dia renung mata saya dan dengan lafaz saya.
Hairunnajmi: Tarikh yang sama?
Jamal: Tarikh yang sama.
Hairunnajmi: Kamu dalam keadaan sedar?
Jamal: Seingat saya, saya dalam keadaan sedar dan tiada yang paksa saya lafaz. Saya faham apa yang dilafazkan.
Hairunnajmi: Siapa yang dimaksudkan ‘kau’ semasa lafaz cerai?
Jamal: Kepada plaintif..Pada ketika itu, saya berniat dengan talak satu sahaja. Saya belum pernah cerai lagi sebelum itu..Kenderaan saya tidak berada bersama saya..Saya telefon plaintif untuk datang mengambil saya dan waktu itu saya lafaz cerai di dalam kereta plaintif
Hairunnajmi: Jam 10 pagi, kamu tuju ke mana selepas itu?
Jamal: Saya nyatakan tiada nak bagitahu kerana plaintif pun tidak dapat jawab..
Hakim Syarie: (Dalam nada tegas) Jawab sahaja, ke mana?
Jamal: Menuju ke sebuah hotel.
Hairunnajmi: Siapa yang isyaratkan bawa kereta itu?
Jamal: Plaintif.
Hairunnajmi: Ada rujuk semula?
Jamal: Tak pernah.
Hairunnajmi: Ada buat hubungan kelamin?
Jamal: Saya ada usahakan untuk membuat hubungan yang lebih baik dan fikirkan untuk anak-anak tetapi apa yang diusahakan itu tidak berjaya.
Jadi, saya buat hubungan itu (hubungan kelamin) untuk tujuan itu (satukan hubungan demi anak-anak). Memang itu tujuan dan niat sebenar saya....tetapi saya tidak cakap hendak balik semula. Tujuan untuk kembali bersama dan bagi peluang juga. Apa yang saya harapkan untuk keluarga ini berjalan dengan lancar.
Hairunnajmi: Ada niat tapi tak nyatakan kepada plaintif. Tapi nyatakan niat untuk rapat semula perhubungan dan tak mampu untuk berbaik?
Jamal: Saya tak cakap hendak berbaik. Saya buat satu usaha untuk cuba dulu agar usaha ini berjaya. Saya serah anak yang tua. Mungkin hubungan ini dapat diteruskan. Tapi saya tak mampu. Saya cuma dapat maklumbalas daripada plaintif. Dia kata sedang sakit dan maki hamun saya kerana saya menghantar anak sulung saya.
Hairunnajmi: Ada tak plaintif hubungi selepas itu?
Jamal: Plaintif hubungi saya untuk sara anak.
Hairunnajmi: Ada nyatakan hak rapatkan semula hubungan?
Jamal: Tidak ada.
Hairunnajmi: Sebelum hubungan kelamin ini berlaku, adakah kamu sudah berbaik dengan plaintif?
Jamal: Sebagai seorang bekas suami, saya tak perlu tidak bertegur sapa. Kalau dia bertegur sapa dengan saya dengan cara yang baik, saya akan buat dengan baik. Niat saya waktu tu bukan perkara yang buruk. Saya ada anggapan patut berbaik.
Hairunnajmi: Sebelum hubungan kelamin berlaku, sudah berbaik belum?
Jamal: Berbaik.
Hairunnajmi: Dalam keadaan berbaik dengan plaintif?
Jamal: Tiada perkataan. Hanya perbuatan tetapi di dalamnya ada niat untuk menyatukan keluarga.
Hairunnajmi: Ada berbincang tentang lafaz ini dengan plaintif?
Jamal: Saya cakap cerai, kita berkawan sahaja dan tidak lebih dari itu.
Hairunnajmi: Maksudnya, berbaik yang bagaimana?
Jamal: Niat untuk satukan keluarga dan kembali berkeluarga. Yang penting plaintif dapat jaga kedua-dua anak. Saya tak keluarkan dengan kata-kata tetapi saya cuba dengan niat untuk kembali.
Hairunnajmi: Hantar anak tak nyatakan tujuan?
Jamal: Tidak. Saya hanya hantar.
Hakim Syarie: Selepas 15 Mei 2007 hingga beberapa bulan selepas itu, ada lafaz rujuk kepada plaintif?
Jamal: Tidak.
Hakim Syarie: Kamu kata setuju selepas 15 Mei 2007, ada hubungan kelamin berdua. Adakah berniat untuk rujuk?
Jamal: Tak berniat untuk rujuk.
Hakim Syarie: Dengan ini kes tangguh ke 23 Jun 2009, pukul 9.30 pagi.
1 Response to "Jamal Lalok semasa lafaz cerai?bersetubuh lepas 2 hari bercerai.."
huhuhu..he's totally nuts...saja nak ngada2 jamal nie...aku tak suke dia
Leave A Reply