Jom cari dalam sensasi blog

Thursday, May 21, 2009

Ditahan kerana tidak cukup laju

Posted on 8:02 PM by Sitcom

LONDON - Seorang ahli perniagaan, Denis Evans ditahan oleh seorang pegawai polis kerana didakwa memandu kereta Ferrari terlalu perlahan.
Sebuah akhbar semalam melaporkan, Evans, 58, memandu keretanya yang berharga £164,000 (RM884,993) di sebatang jalan kampung pada kelajuan 40 kilometer sejam (km/j) sebelum ditahan Ketua Penolong Konstabel Nick Croft.
Menurut Evans, selepas melakukan pemeriksaan, Croft membenarkannya meneruskan perjalanan.
"Saya terkejut kerana pihak polis mendakwa saya tidak cukup laju. Keadaan jalan pada ketika itu terlalu gelap dan banyak selekoh. Saya fikir memandu pada kelajuan 40 km/j lebih selamat memandangkan kawasan itu banyak biri-biri melintas jalan," katanya.
Had laju di kawasan perkampungan Ogmore-by-Sea ialah 64 km/j manakala kelajuan maksimum Ferarri milik Evans ialah 312 km/j.
Seorang jurucakap polis mempertahankan tindakan Croft yang tinggal di kawasan berkenaan.
"Pegawai tersebut mengekori sebuah Ferrari yang dipandu terlalu perlahan dan dia fikir adakah kenderaan itu dicuri," kata seorang jurucakap polis. - Agensi


No Response to "Ditahan kerana tidak cukup laju"

Leave A Reply