Jom cari dalam sensasi blog

Tuesday, May 12, 2009

Intan Ladyana & Kamal Adli -Couple?

Posted on 9:35 AM by Sitcom




Kamal Adli – siapa yang tak kenal dengan nama ini. Juara Hero Remaja 2007/08 yang sedang meningkat naik sebagai bakat baru kacak yang serba boleh, baik dalam bidang lakonan atau pengacaraan. Dan baru-baru ini, ada gosip mengatakan anak muda ini kekasih baru Intan Ladyana dan kemungkinan penyebab perpisahan Intan dan bekas teman lelaki, Kevin Zahri.

Bila diminta penjelasannya mengenai khabar angin ini, anak kelahiran Pekan, Pahang ini yang ditemui pagi tadi sempena pengumuman 25 finalis peraduan Rekatee, sedikitpun tidak melatah. Sebaliknya, dia melihat cakap-cakap nakal ini sebagai perkara biasa, lebih-lebih lagi memandangkan dia seorang pendatang baru dalam industri.


“Mungkin kerana Kamal takde cerita, tak keluar TV, jadi ada pihak yang mereka cerita sebegini. Di tambah pula drama ‘Bio-Nik’ nak keluar, jadi biasalah jika timbul gosip ‘cinta lokasi’, dan Kamal dan Intan yang dijadikan sebagai bahan. Apatah lagi Intan seorang selebriti terkenal,” jelas jejaka ini yang suatu ketika dulu pernah digosipkan dengan teman ‘Impian’-nya, Nur Diana Amir Hashim.

“Kamal akui, Kamal dan Intan menjadi rapat sejak ‘Bio-Nik’. Bersama Fizo dan para pelakon lain, kami menjadi kawan rapat. Kami keluar ramai-ramai. Dan Kamal tak pernah tanya dia tentang hal peribadinya.”

Tidak ambil kisah percakapan orang, bagi Kamal, gosip-gosip seperti ini sebaliknya membantu meningkatkan profilnya.

“Kamal tak melatah. Sebenarnya, Kamal dah agak dah akan ada orang cakap. Tapi Kamal melihatnya dari sudut yang positif. Sekurang-kurangnya, orang sedar kewujudan Kamal dan secara tidak langsung, ia promosi yang baik untuk ‘Bio-Nik’. Mengapa kami rapat? Kerana ‘Bio-Nik’. Ini menjadikan orang ingin tahu apa itu ‘Bio-Nik’.”

Apa itu ‘Bio-Nik’?
Terbitan KRU Studios, ‘Bio-Nik’ mengambil premisnya dari cerita ‘Bionic Woman’. Nik, lakonan Kamal, seorang pelajar lepasan STPM, terlibat dalam satu kemalangan ngeri.


Kebetulan, ayahnya seorang profesor yang sedang menjalankan satu eksperimen khas untuk pihak kerajaan tetapi belum ditemui bahan percubaan untuk menguji keberkesanan eksperimennya. Alang-alang melihat anaknya dalam keadaan cedera parah, diujinya eksperimen itu ke atasnya. Bila Nik sedarkan diri, didapati dirinya bukan lagi manusia tetapi robot.

‘Bio-Nik’ merupakan projek lakonan pertama Kamal sebagai teraju utama. Sebelum ini hanya pernah menyandang watak sampingan di dalam ‘Impian’ dan ‘Renjis 2’, Kamal mengakui walaupun teruja dengan peluang yang telah diberi KRU Studios namun dia gementar memikirkan penerimaan orang ramai terhadap drama bersiri tersebut yang dijadualkan untuk tayangan di TV3 pada 18 Mei ini.

“Pihak KRU Studios, TV3 dan ramai lagi meletakkan harapan yang tinggi pada ‘Bio-Nik’. Dan ini first lead role Kamal, jadi Kamal memberikan 150% dalam cerita itu. Stunt pun Kamal buat sendiri (hinggakan pernah kakinya cedera dan tidak boleh digerakkan seminggu akibat terjun dari kawasan yang tinggi).

“Harapan Kamal agar penonton jangan terlalu cepat menilai ‘Bio-Nik’ hanya berdasarkan beberapa episod pertama. Berikannya sedikit masa. Kamal percaya pada ‘Bio-Nik’ dengan pengarah, barisan pelakon dan jalan ceritanya yang mantap dan menarik. Kamal berharap ‘Bio-Nik’ akan menjadi satu fenomena.”

Rezeki melimpah ruah
Bagi mereka yang meminati pria ini, berita baiknya, banyak lagi peluang untuk menatap wajahnya, bukan sahaja di skrin TV anda tetapi juga di panggung.





Selain ‘Bio-Nik’, Kamal bakal menemui penonton di slot Lagenda TV3 melalui drama ‘Zati Dan Si Mawas’, digandingkan bersama Liyana Jasmay. Selain itu, penggambaran untuk ‘Impian’ akan disambungkan untuk musim terbarunya. Dalam perbincangan, projek layar peraknya yang pertama, dikatakan sebuah filem seram.

“Kamal rasa bertuah kerana Kamal hanya mempunyai pengalaman lakonan dalam dua buah drama tetapi telah diberi kepercayaan oleh pihak produksi untuk terlibat sama dalam projek mereka. ‘Bio-Nik’ misalnya, sebuah produksi bajet besar tetapi Kamal diberi kepercayaan untuk membawa drama ini. Kamal amat berterima kasih pada production team yang telah banyak membantu Kamal.

“Prinsip Kamal, bila orang memberi kepercayaan pada Kamal untuk membuat sesuatu, Kamal akan bagi all out, bagi di luar kemampuan Kamal. Kamal nak pastikan kerja Kamal bagus agar orang mempunyai kepercayaan untuk menawarkan lebih banyak peluang kepada Kamal di masa hadapan

No Response to "Intan Ladyana & Kamal Adli -Couple?"

Leave A Reply