Jom cari dalam sensasi blog

Sunday, April 5, 2009

Sarimah takmau jadi hos diary AF lagi

Posted on 9:11 AM by Sitcom


KL, 2 APRIL 2009: Semakin lama AF7 berlangsung, makin hangat cerita yang Murai Batu dengar. Ini pula kisah tentang pengacara Diari AF7, Sarimah Ibrahim yang enggan lagi mengacarakan program harian (setiap Isnin - Jumaat) itu.


Kenapa? Apa yang tak kena Sarimah?


Kejadian ini berlaku semalam apabila Sarimah menghantar SMS kepada Penerbit Eksekutif AF7, Sooraj Nair, ketika mesyuarat mingguan AF berlangsung di Pusat Penyiaran Asia (ABC) petang semalam.


Apalagi, gelabah habislah Si Sooraj tu. Ia terus membuatkan Sooraj meninggalkan mesyuarat itu buat seketika untuk mendapatkan penjelasan daripada Sarimah tentang perkara yang mengejutkan itu.


"April Fool.....!" demikian jerit Sarimah sebaik sahaja mendengar suara penerbit berkenaan di telefon.



Hai, begitulah nakalnya Sarimah yang berjaya mengenakan Sooraj sempena April Fool semalam, iaitu 1 April. Apabila Sooraj kembali semula ke mesyuarat itu, dia terus ketawa dan menggelengkan kepala. Itulah antara mangsa April Fool Sarimah Ibrahim...

No Response to "Sarimah takmau jadi hos diary AF lagi"

Leave A Reply