Jom cari dalam sensasi blog
Sunday, April 5, 2009
Fasha Sandha bersedia kahwin dan menjadi Ibu..
Jika personaliti popular lain menganggap usia 25 tahun terlalu muda untuk memikul tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu, namun buat pelakon kontroversi Nur Fasha Sandha, dia merasakan usia 25 tahun amat sesuai untuknya mengubah status diri.
Fasha ketika ditemui di majlis doa selamat dan bacaan Yassin sempena sambutan hari jadinya yang ke-25 tahun di kediaman barunya di Ukay Perdana, Ampang, baru-baru ini mengakui sedang menjalinkan hubungan serius dengan seorang jejaka dan berazam untuk menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.
Bagaimanapun pelakon yang cukup terkenal melalui drama ‘Kehangatan Lantana’, ‘Impak Maksima The Series’ dan ‘Jangan Main Belakang’ itu enggan berterus-terang dengan pihak media tentang jejaka yang berjaya mencuri hatinya itu.
Katanya, dia akan mengadakan sebuah majlis sidang akhbar untuk memperkenalkan jejaka tersebut dan di situ dia akan berterus-terang tentang perhubungan mereka. Dengan cara itu, jelasnya, ianya lebih telus dan berharap tidak akan mengundang sebarang kontroversi.
"Sekarang bukan masa yang sesuai untuk saya bercerita tentangnya. Cukuplah saya beritahu lelaki tersebut merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan saya sudah beberapa tahun menjalinkan hubungan dengannya.
"Bukannya saya tidak mahu berterus-terang, cuma saya takut jika segala perancangan tidak berjalan seperti yang dirancang. Nanti jadi kontroversi pulak. Bila tiba masanya kelak, saya akan mengumumkannya. Kalau boleh saya nak umumkan pada media tentang hubungan kami, bertunang untuk tempoh masa yang singkat dan terus mendirikan rumah tangga.
"Apa yang boleh saya katakan, di usia 25 tahun saya memang sudah bersedia untuk bergelar isteri dan ibu. Saya memang sukakan kanak-kanak dan berharap harapan saya untuk bergelar isteri pada tahun ini akan terlaksana," ujarnya yang sopan berbaju kurung dan bertudung putih di dalam majlis tersebut.
Ditanya tentang usia serta status lelaki yang menjalinkan hubungan intim dengannya itu, Fasha memberitahu, dia belum bersedia untuk berterus-terang berkenaan perkara tersebut.
Katanya jika dia memberitahu pihak media tentang perkara itu, pastinya orang ramai akan berteka-teki dan akan mengaitkannya dengan pihak-pihak tertentu. Apa yang pasti katanya, lelaki tersebut bukanlah di kalangan suami orang, VVIP atau orang ternama.
Bercerita tentang kehidupannya kini selepas dihimpit pelbagai kontoversi, Fasha memberitahu dia tidak kisah dengan segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya.
Apa yang penting katanya, keluarga serta peminat tidak jemu-jemu memberikan sokongan dan terus mahu dia berjaya di lapangan seni. Malah segala cabaran tersebut dipandang secara positif olehnya.
"Jika dulu-dulu mungkin saya akan rasa agak tertekan. Tapi bila dah lama-lama berada di dalam industri ini, saya rasa dah lali dengan segala kontroversi. Apa yang boleh saya lakukan saya akan teruskan perjuangan saya dalam bidang seni.
"Saya sentiasa berfikiran positif apabila dilanda sebarang masalah. Saya nak buat macam mana kalau orang masih nak bercerita tentang saya. Pada saya kalau orang masih bercakap tentang saya, itu maknanya mereka masih mengambil tahu hal saya.
"Apa yang membuatkan saya terharu adalah sokongan daripada peminat saya. Kalau berjumpa dengan peminat kat mana-mana pun, mereka masih menegur dan bertanya khabar dengan saya. Malah kanak-kanak pula tidak segan silu untuk bergambar dan memeluk saya.
"Jika ada rezeki, saya juga mahu menyambung pengajian di dalam bidang pengurusan perniagaan di sebuah kolej tempatan. Ini kerana selepas berkahwin kelak, saya berniat untuk memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga dan mahu belajar berniaga," katanya yang sehingga kini tetap sibuk dengan penggambaran beberapa buah drama tempatan.
Tambahnya, rezekinya sentiasa ada dan dia sangat bersyukur dengan keadaan tersebut. Kini dia sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri ‘Cuci The Series’ bersama Hans Isaac serta telemovie ‘Suram Seri Pengantin’ yang bakal disiarkan di dalam slot Cerekarama di TV3 tidak lama lagi. Selain itu, duta Garnier serta High 5 ini juga bakal terlibat dengan drama seram arahan Rashid Sibir, ‘Keliwon The Series’ yang bakal memulakan proses penggambaran dalam masa terdekat ini.
Sekitar Majlis Bacaan Yassin sempena Hari Jadi Fasha Sandha
P/S:Fasha cakap dia nak full time berniaga after kahwin..korang sume suke kutuk fasha sandha,kan dia dah majuk tue!takmo berlakon dah..huhu..habisla dah takde pelakon cun sorang nie...
tak meriahla industri filem di negara kelak..
No Response to "Fasha Sandha bersedia kahwin dan menjadi Ibu.."
Leave A Reply