Jom cari dalam sensasi blog
Wednesday, April 15, 2009
Artis tak berani tampilkan diri..
kiter dengar ada seorang pelakon wanita ini masih tidak berani munculkan diri di mana-mana majlis hiburan kerana masih tidak bersedia untuk bertemu dengan wartawan. Menurut sumber yang boleh dipercayai, pelakon ini telah mendapat undangan daripada pihak penganjur kerana dia merupakan salah seorang calon akhir, tetapi dia masih ragu-ragu sama ada mahu hadir atau tidak.
kiter pun tidak faham dengan pelakon wanita ini. Apa yang dia hendak takutkan? Kalau dia di pihak yang betul, mengapa perlu takut? Lagipun, ramai wartawan di luar sana yang sudah malas melayan kerenah pelakon kontroversi ini. Mungkin ini sebabnya dia tidak mahu hadir. Takut tidak dilayan oleh wartawan walaupun berjaya memenangi anugerah.
Dalam masa yang sama, ada juga cakap-cakap yang mengatakan si pelakon ini sibuk bertanya kepada ramai orang sama ada dia perlu hadir atau tidak. Buat survey agaknya. Tapi yang kelakarnya, dia sempat berpesan jangan beritahu kepada orang lain. Kononnya dia hanya bertanya kepada individu itu seorang sahaja. Padahal, semua sudah tahu yang dia sibuk bertanya ke sana ke mari.
P/S:Guess who??aku rasa tak lain tak bukan tentulah si memey tue..fasha ada je masa majlis,lgpun fasha takde kaitan ngan isu "dipihak betul" atau tak..aku serkap jarang je ok..lu pikirlah sendiri
No Response to "Artis tak berani tampilkan diri.."
Leave A Reply