Jom cari dalam sensasi blog

Wednesday, April 22, 2009

Kes lafaz cerai Roslin-Faizah selesai, pengesahan 12 Mei

Posted on 7:59 AM by Sitcom

PETALING JAYA: Kes lafaz cerai jaguh badminton negara Muhammad Roslin Hashim, 34, dengan isterinya, Faizah Mohamad, 32 di Mahkamah Rendah Syariah di sini telah selesai dan menunggu pengesahan lafaz cerai itu pada 12 Mei depan.

Justeru, permohonan injuksi yang dibuat oleh Roslin terhadap Faizah pada 13 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur telah ditarik balik hari ini oleh peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakili Roslin.


Faizah Mohamad ketika hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 13 Mac lalu.

Kedua-dua keputusan mahkamah itu disahkan oleh peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakili Roslin, peguam syarie Musa Awang yang mewakili Faizah termasuk Faizah sendiri.

Permohonan itu dibuat bagi menghalang responden iaitu Faizah dan abangnya, Zulkifli Musa daripada mengeluarkan sebarang kenyataan kepada mana-mana media yang boleh menjejaskan reputasi dan memprejudiskan kes.

Perkahwinan Roslin dan Faizah yang berlangsung pada 30 Januari lalu telah menimbulkan kontroversi apabila Roslin mengaku melafazkan cerai terhadap isterinya selepas 12 hari mereka bernikah.

Berikutan itu, Faizah telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini manakala Roslin juga berbuat demikian di Mahkamah Rendah Syariah di sini.



P/S: Ada satu kenyataan di mahkamah,Roslin bersumpah tidak pernah melakukan hubungan seksual dengan Faizah..TP Faizah plak btgtau peguamnye bahawa mereka ada melakukan hubungan seks.Roslin siap bersumpah2 katanya tak pernah...huhuhu..citer dlm kelambu pun nak kuarkan kew?

No Response to "Kes lafaz cerai Roslin-Faizah selesai, pengesahan 12 Mei"

Leave A Reply