Jom cari dalam sensasi blog

Friday, April 3, 2009

MAestro tutup..artis AF terkejut..

Posted on 10:46 AM by Sitcom

Penyanyi popular dengan lagu Mila Bila Cinta yang ditemui di majlis pelancaran produk penjagaan kulit keluaran syarikatnya sendiri, LUVMILA Corporation Sdn Bhd, mengakui berita itu cukup mengejutkan serta artis yang turut bernaung di bawah syarikat pengurusan itu.

“Awalnya, memang saya tak percaya Maestro Talent akan berhenti operasi kerana saya ingatkan ianya main-main.

“Namun sebaik menerima pangilan dari Heliza yang meminta saya menghadiri mesyuarat yang diaturkan oleh Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), Zainir Aminullah akhirnya saya percaya perkara ini betul,” katanya.

Penyanyi kelahiran Teluk Kumbar, Pulau Pinang ini menambah berita itu membuatkannya gundah gara-gara memikirkan kedudukannya dalam industri seni yang masih setahun jagung.



P/S:ari tue melodi,freddie ckp byk album artis AF tak dpt jual..huuhuhu

“Usia berkecimpung dalam bidang seni baru dua tahun dan apabila mendengar berita itu, saya terfikir bagaimana dengan masa depan saya sebagai artis baru.

“Biasanya, saya tak perlu pening memikirkan mengenai tawaran persembahan kerana setiap kali ke Maestro tugas saya hanya mengambil kontrak dan jadual persembahan yang disusun pihak pengurusan,” katanya.

Bagaimanapun, sebaik menghadiri perbincangan Jumaat lalu, kerisauan akhirnya reda apabila Maestro mengesahkan penutupan syarikat itu tidak menjejaskan kedudukannya sebagai artis.

“Alhamdulillah, sebaik mendengar penjelasan Zainir yang memaklumkan kami akan diserapkan ke AESB, selaku pihak pengurusan artis baru, saya tidak risau,” katanya.

Selain Mila, mesyuarat dikendalikan Zainir itu dihadiri oleh Mawi, Stacy, Farah, Dafi, Johan dan Zizan.

No Response to "MAestro tutup..artis AF terkejut.."

Leave A Reply