Jom cari dalam sensasi blog

Tuesday, April 28, 2009

Pesta ponteng Teluk Chempedak - Pelajar lelaki, perempuan berpeluk-pelukan dalam air

Posted on 7:03 AM by Sitcom


KUANTAN - Di Kuala Lumpur, kompleks beli-belah, kafe siber dan taman rekreasi kerap dijadikan tempat tumpuan ponteng sekolah.

Rupa-rupanya pelajar di sini lagi hebat. Mereka berkumpul di sekitar pantai Teluk Chempedak bagaikan ada satu pesta di situ. Lebih berani pelajar lelaki dan perempuan tanpa segan silu dipandang pengunjung lain sama-sama mandi-manda dan berpeluk-pelukan dalam air.

Tidak dinafikan pusat peranginan itu memang popular sebagai destinasi 'pesta ponteng' terutama di lokasi yang terlindung di sebalik Bukit Pelindung.

Tinjauan Kosmo! semalam, setelah mendapat maklumat daripada orang ramai mendapati tidak kurang 15 pelajar lelaki dan perempuan lengkap berpakaian sekolah sedang asyik berpesta ponteng dan mandi-manda.

Kebanyakan pelajar lelaki membuka baju masing-masing manakala yang perempuan berseluar panjang ketat dan berbaju kemeja T.

Mereka kelihatan begitu riang sekali sambil menjerit-jerit kegembiraan lebih-lebih lagi apabila si lelaki cuba memeluk.

Di pantai pula, beberapa pelajar yang tidak mandi hanya melepak sambil menghisap rokok atau tidur di pondok rehat yang disediakan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di situ.

Kumpulan pelajar tersebut dilihat datang ke pusat perkelahan itu secara beransur-ansur sejak pukul 7.30 pagi dengan menunggang motosikal kapcai yang diletakkan di satu sudut tempat letak kereta MPK.

No Response to "Pesta ponteng Teluk Chempedak - Pelajar lelaki, perempuan berpeluk-pelukan dalam air"

Leave A Reply