Jom cari dalam sensasi blog

Thursday, July 30, 2009

PERGINYA YASMIN a.k.a Zulkiflee ahmad…

Posted on 6:46 AM by Sitcom

Saya tidak berani menulis mengenai kematian Yasmin, bimbang apa yang ada di kepala saya sejak beberapa tahun lalu terluah.
Selepas membaca apa yang ditulis oleh Nobisha dalam postingnya semalam (Isnin, 27 July, 2009 bertajuk “Marina, Yasmin & Zulkifli”, saya turut insaf bahawa yang mati biarkan dia bersama Tuhannya.
Melalui blognya Nobisha berkata: “Saya tidak pernah bertemu Allahyarham Yasmin Ahmad.
Saya juga tidak mengenali Datin Paduka Marina Mahathir secara peribadi. Bagaimanapun, saya boleh memahami mengapakah Marina begitu marah apabila akhbar Kosmo! “mendedahkan” Yasmin sebenarnya Zulkifli. Sementara saya juga tidak setuju dengan perbuatan akhbar Kosmo!, alasan saya dan Marina berbeza.


Usah salah faham. Saya tidak berniat mempertahankan yang salah. Bagaimanapun, oleh kerana Yasmin Ahmad sudah meninggal dunia, maka biarlah urusan seterusnya antara beliau dan Allah s.w.t. Tentunya banyak perkara yang kita tidak ketahui tentang Yasmin sebagai seorang individu, maka biarlah kita berprasangka baik dan memohon keampunan baginya.”
Saya seperti juga Nobisha tidak mengenali Allahyarham Yasmin Ahmad secara peribadi.
Namun saya sedikit mengenali beliau melalui filem-filemnya. Perkenalan awal saya dengan Yasmin ialah melalui Bintang RTM 1975, apabila beliau adalah pesertanya.
Kemudian melalui albumnya Zulkiflee terbitan Warnada melalui lagi Tunggulah (lagu copyright dan senikatanya oleh Dinosman). Saya masih menyimpan album itu hingga kini.
Penerbit album ini ialah Daos dan muzik oleh Ooi Eow Jin.
Yang sahaja tahu beliau menukar jantina tetapi saya tidak tahu dia berkahwin.
Yang bermain di kepala saya kini ialah kematiannya sebagai wanita atau lelaki?
Yang bermain di kepala saya sebelum ini ialah apakah masyarakat kita kini, termasuk ulama dan orang beragama ‘menerima Yasmin seadanya’ walaupun banyak perkara boleh diperkatakan dalam konteks Islam mengenai dirinya.


Bagi saya, menerima seadanya diri seseorang – sama ada dia pemimpin, artis, pelukis, ahli politik – dan sebagainya ada merbahayanya. Kenapa?
1. Apabila menerima yang ‘salah’ mengenai diri seseorang, jika dia Islam bermakna Islam ‘membenarkan’ diri seseorang itu berada dalam keadaan sedemikian dan masyarakat harus menerimanya;
2. Apabila menerima seseorang pemimpin yang ‘salah’ atau ‘salah laku’ bermakna Islam ‘membenarkan atau tidak kisah’ mengenai perkara itu dan imej Islam juga akan turut digambarkan seperti watak orang berkenaan;
3. Apakah wajar Ulama dan tokoh agama kita berdiam diri hanya kerana seseorang itu pemimpin, artis dan apa juga gelarannya kerana orang itu popular dan jika membuka mulut bimbang akan jadi kontroversi. Untuk siapa mereka ini berkhidmat atau ‘menyandarkan dirinya’? Kepada wang ringgit atau agama Islam yang menjadi agama rasmi di negara ini?
4. Apabila anak muda, belia atau juga masyarakat menerima ‘orang seperti ini’ dan dijadikan Ikon, kenapa ulama dan tokoh agama menyalahkan anak-anak muda dan yang muda meletakkan orang seperti ini dikedudukan tinggi, sedangkan mereka tahu ‘kedudukan sebenar’ orang ini. Siapa mahu disalahkan?
Saya kesal dengan kecaman keras Datuk Marina Mahathir terhadap akhbar Kosmo! kerana mendedahkan latar belakang pengarah terkenal Yasmin Ahmad yang sejak lahir dikenali sebagai Zulkifli.


Menyifatkan akhbar dalam kumpulan Utusan Melayu Bhd itu sebagai “makhluk yang hina”, aktivis wanita itu berang dengan media berkenaan yang melaporkan pengarah itu sebagai seorang naib juara bintang RTM pada 1975 dan penyerang bolasepak Melaka pada zaman persekolahannya sewaktu dikenali dengan nama asalnya.
Mungkin saya juga akan digelar ‘makhluk yang hina’. Tidak mengapalah – yang saya tertanya-tanya ialah berapa lama lagi ulama dan pakar agama kita akan berdiam diri dengan kes-kes tukar jantina dan kemudian berkahwin.
Malah jelas isu-isu seperti pondan, gay, kelab gay dan sebagainya yang bagi saya sebagai seorang Islam yang jahil menuntut agar diberikan sedikit ‘cahaya penyelesaian’ bukan membiarkan gejala ini berterusan

7 Response to "PERGINYA YASMIN a.k.a Zulkiflee ahmad…"

.
gravatar
ramli Says....

kita sedih kenapa perkara ini di jadikan isu .... kita juga pernah mendengar gosip ini ... apa pun perkara dah pun berlalu biarlah zulkifli @ yasmin mengadap Allah ... dan biarlah dia menanggung risikonya ...kerna itu adalah pilihannya ...

.
gravatar
ramli Says....

kita sedih kenapa perkara ini di jadikan isu .... kita juga pernah mendengar gosip ini ... apa pun perkara dah pun berlalu biarlah zulkifli @ yasmin mengadap Allah ... dan biarlah dia menanggung risikonya ...kerna itu adalah pilihannya ...

.
gravatar
Anonymous Says....

Uhhh ramai yang tak paham kot, khunsa dengan pondan adalah jauh berbeza!

.
gravatar
Anonymous Says....

you moron.... she is khunsa b4 and its up to that person to choose.. and NOT you the dumb to judge people by your own stupidity...

.
gravatar
Anonymous Says....

ya lo...
she's kunsa, dats mean dia boleh pilih keadaan yang sesuai untuk diri beliau, ade satu cerita para sahabat tentang kunsa, cuba baca....
zaman dulu2 kalo tak silap org pilih jantina kunsa dgn tgk tulang rusuk...lelaki tulang rusuk tak even, but perempuan even,...so kalo tulang rusuk die even dats mean die girl la, kalo tak even dats mean die boy, sebab kan satu tulang rusuk lelaki di gunakan untuk pasangannya

.
gravatar
Brother Says....

ASSALAMUALAIKUM dan Salam Sejahtera. Berikan ruang utk saya memberi pendapat. Apa yg diutarakan oleh penulis artikel itu, adalah satu KEBERANIAN DEMI KEADILAN.bukannya bertujuan utk mengaibkan seseorang. Adakah kita akan terus menerima sesuatu yg salah di dalam masyarakat Islam? Yang bukan Isllan, jgn pandai2 beri pendapat yg hanya mempunyai "kepentingan dan niat terselindung!!". Kita patut ada sistem, bila kelahiran anak itu, jika benar dia KHUNSA, maka kena dijelaskan, dan dalam ISlam ada cara menentukan jantina mereka. Yang dah sah2 lelaki atau perempuan, jgnlah bertukar menjadi sebaliknya! Kekeliruan dlm masyarakat ISlam perlu diselesaiklan dgn segera. Dlm hal ini, kenapa Zulkifli@Yasmin tidak dinyatakan seawalnya yg arwah adalah KHUNSA? Tidak perlulah kita labelkan dia sebagai "pondan" atau sebagainya. Dan penerimaan masyrakat terhadap KUHUNSA juga perlu dibetulkan. BArulah mereka yang dilahirkan khunsa apabila dinyatakan identiti mereka, tidaklah mereka merasa malu, tersisih atau dipinggirkan. Salah siapa???? Allah dah jelaskan hukumnya, kita yg selalu berputar belit dan mengelirukan keadaan. MAsyarakat yg mungkin memberi pandangan yg dianggap "menghina" arwah bukanlah hanya semata-mata hendak memburukkan arwah tetapi kerana masyarakat SEDAR dan PRIHATIN agar mereka yg salah langkahnya perlu diperbetulkan. Berapa ramai di luar sana yang BUKAN KHUNSA tetapi telah bertukar menjadi pondan, maknyah, gay atau lesbian??? Fikirkanlah.

Leave A Reply