Jom cari dalam sensasi blog

Monday, July 13, 2009

Black Juara Mentor -tahniah

Posted on 8:49 AM by Sitcom

Kekadang dah macam boleh diduga bahawa confirm blacklah Juara Mentor kali ini...tahniah black..Walaupun sensasi x berapa suke suara black...i mean sensasi x minat la sora2 camnie,pun begitu,black memang layak bergelar juara..
Black nie masa mula2 masuk mentor,sikapnya yg merendah diri,background yg dtg dari kehidupan yg agak sederhana dgn bekerja di pasar sebagai "penyiang ikan" seakan2 memberi bonus utk meraih perhatian kepada org ramai...Black juga terlihat sebagai seorang yg baik,dan mendengar cakap...so disini black ada persamaan dgn mawi masa mula2 menyertai AF dulu...baik,innocent,kan kan..harap2 sikapnye kekal la wpun dah bergelar artis nanti..Suara black yg high pitch sesuai la kalau join MUH,..huhu..ganti Lan.. :P




Berbaloi juga lah Black dirotan mentornya, Mas Idayu. Segala kesakitan yang dialami pasti terubat dengan wang tunai RM100,000 yang dimenangi termasuk sebuah kereta Kia Spectra 5. Buat Mas Idayu, tak sia-sia segala masa dan usaha yang telah dilaburkan ke atas protegenya itu yang berjaya membanggakannya malam ini serta membolehkannya memenangi wang tunai RM100,000.

Gelaran pemenang sememangnya milik Black yang berjaya menonjolkan bakat nyanyiannya bukan saja pada malam ini tetapi sepanjang tempoh pertandingan. Walaupun ketika duetnya bersama Mus (May) dan Shamrin (Fotograf) untuk medley lagu “Alam Fana Cinta” dan “Sinar”, suaranya ditenggelami vokal kedua-dua otai tersebut, namun secara keseluruhannya, pretasinya nyata lebih baik berbanding Fira (mengikut komen juri, dia seharusnya memberi pengkuhususan pada satu genre muzik yang ingin ditampilkan) dan Chaq (jelas kedengaran kelemahan dan kebatasan vokalnya pada persembahan malam ini).

Kemenangan Black juga sekaligus membuktikan akhirnya rakyat Malaysia dapat menilai bakat seseorang itu bukan hanya berdasarkan pada kecantikan rupa fizikal. Diharapkan selepas ini penonton tidak akan terlupa kata-kata Zainal Abidin, selaku juri malam ini – “Orang tak lawa macam kita yang boleh menyanyi sebenarnya.”

Ada ketika itu bimbang juga jika Black gagal meraih kemenangan apabila juri awam memberikan Chaq markah tertinggi, sebanyak 19 markah sementara Black dan Fira masing-masing hanya mendapat 14 dan 13 markah. Namun, bila diambil kira keputusan juri (50%) dan undian SMS (30%), Black memperolehi keputusan cemerlang dengan markah keseluruhan sebanyak 75.0 menewaskan Chaq dengan markah 52.8 dan Fira, 35.6.

Walaupun tewas, Chaq dan Fira tidak pulang dengan tangan kosong. Masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000 dan RM10,000, begitu juga mentor mereka.

No Response to "Black Juara Mentor -tahniah"

Leave A Reply