Jom cari dalam sensasi blog
Wednesday, July 8, 2009
Hubungan Memey dan Norman Serius..tp belum merancang kahwin..nak enjoy dulu..huhu
SETIAP kali diajukan soalan tentang hubungan mereka, baik Norman Hakimmahupun Memey sendiri lebih senang untuk tidak mengulas lanjut.
Kedua-duanya seboleh mungkin akan cuba 'mengelak' walaupun umum sediamaklum hubungan 'mesra' yang terjalin itu bukan lagi rahsia.
Sejak tercetusnya kontroversi menjadi 'orang ketiga' dan gara-gara keskhalwat yang membabitkan kedua-dua pelakon ini sehingga mengakibatkanperceraian Norman sendiri dan aktres Abby Abadi, pelbagai khabar anginsemakin bertiup kencang tentang status hubungan mereka.
Bukan sekali dua kisah mereka yang kononnya sudah merancang untukberkahwin diperkatakan. Paling baru, Norman dan Memey dikatakan bakalberkahwin pada 6 Jun lalu.
Memey hanya tergelak besar tatkala mengimbas semula kisah kahwin '6Jun' itu. Ujar aktres berusia 21 tahun itu, dia bagaimanapun tidakpernah ambil kisah dengan kisah-kisah seperti itu, asalkan ia tidakmelampau.
Ditanya, mungkinkah mereka sudah merancang satu tarikh yang lain untukmendirikan rumahtangga, sambil tersenyum Memey menjawab:
"Memang saya tidak nafikan, hubungan kami memang semakin serius sejakkebelakangan ini, apatah lagi ahli keluarga kami juga sudah salingmengenali. Tetapi sejujurnya, saya dan Norman memang belum merancanguntuk berkahwin.
"Biarlah kami uruskan hal dan karier masing-masing dulu, termasuklahkes khalwat yang masih lagi dalam perbicaraan.
"Insya-Allah, bila semuanya selesai, barulah boleh fikir perkara yanglain pula," kata Memey yang ditemui di lokasi penggambaran dramabersiri Puteri Aurora Beradu di Kuang, Selangor, baru-baru ini.
Tambah pelakon kelahiran Kota Tinggi, Johor, ini, dia akui dirinyakini sudah semakin terbuka untuk bercerita tentang hubungannya denganNorman berbanding dulu kerana faktor keadaan.
"Kami memang tidak suka bercerita tentang hubungan kami awal-awaldulu. Bukannya ape, kami tidak mahu orang meletakkan macam-macamspekulasi dengan kenyataan-kenyataan yang kami keluarkan.
"Rasanya, lebih baik macam ni...biarlah bercerita sikit-sikit sajadulu," tutur Memey, sambil enggan mengulas lanjut lagi tentanghubungannya dengan Norman.
TERTEKAN DENGAN KES KHALWAT?
Berbicara tentang karier lakonannya pula, kata Memey, dia bersyukurkerana rezekinya sebagai pelakon semakin mencurah-curah walaupunimejnya pernah tercalar gara-gara kisah 'panas' yang melandanya itu.
Terbaru, pelakon yang melonjak namanya menerusi drama-drama sepertiGraduan dan Farah Syakirah ini telah membintangi sebuah drama bersiriterbaru, Puteri Aurora Beradu yang akan disiarkan di TV3 dan TV9 tidaklama lagi.
"Alhamdulillah, peluang yang diberikan semakin banyak. Malah, sayaturut diberi peluang membawakan pelbagai karektor. Tetapi, sejujurnya,saya tidak mahu terlalu mengejar 'job'.
"Kebiasaannya, saya suka selesaikan satu-satu kerja dulu sebelummemulakan kerja yang lain kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi.Saya tidak mahu terkejar-kejar pula nanti," katanya.
Namun begitu, kata Memey, dia akui, adakalanya dia pernah berasatertekan kerana pada masa yang sama perlu memikirkan tentang kesperbicaraan khalwat yang masih belum selesai.
"Memang agak tertekan juga, tapi saya akan cuba berfikiran positifmemandangkan saya pernah lalui perkara yang lebih teruk daripada ini.Tapi, saya memang berharap sangat agar kes ini dapat diselesaikansecepat mungkin.
Norman Hakim dan Memey ketika menghadiri perbicaraan kes khalwat di mahkamah baru-baru ini.
"Tapi nak buat macam mana...kes ini melibatkan perundangan, jadikenalah ikut prosedur yang ditetapkan walaupun memakan masa juga,"kata Memey.
Dalam pada itu, bercerita lanjut tentang projek lakonan terbarunya,Puteri Aurora Beradu arahan Fairuz Loy, kata Memey, drama bersiriberkisarkan ala 'Sleeping Beauty' ini menyaksikannya membawakan wataksebagai gadis yang lemah-lembut dan tidak pernah merasakan hiburan diluar bernama Puteri Aurora.
"Idea cerita ini memang berdasarkan sedikit kisah Sleeping Beauty,tetapi jalan ceritanya jauh berbeza sama sekali dan lebih moden.
"Di dalam drama tersebut, saya menjadi anak kepada Tuan Imran lakonanEizlan Yusof dan Aishah (Rozita Che Wan), tetapi saya dijaga oleh tigadayang sejak kecil lagi kerana bapa saya ingin menyelamatkan nyawasaya daripada kejahatan Sofia (Norish Karman).
"Pada masa yang sama, saya menyukai seorang lelaki bernama Hakimilakonan Iqram Dinzly, tetapi masing-masing tidak meluahkan hasrat hatikerana saya dikawal ketat oleh tiga orang dayang saya.
"Kami dapat bercakap tentang perasaan masing-masing hanya ketika sayasedang berada dalam koma. Lama jugalah episod yang akan menyaksikansaya koma, tetapi ia akan diselitkan dengan kisah 'flashback'," kataMemey dalam nada ceria.
Diusik sama ada dia turut ditawarkan peluang untuk berlakon bersamaNorman, akui Memey, dia memang pernah ditawarkan untuk berbuatdemikian.
"Ada beberapa drama yang menawarkan kami bergandingan bersama. Tetapi,nampaknya belum berpeluang untuk berbuat demikian kerana terikatdengan urusan masing-masing.
"Insya-allah, kalau ada peluang, saya rasa kami tiada masalah. Lagipunkami sudah kenal antara satu sama lain, jadi tidaklah rasa janggal,"ujarnya.
1 Response to "Hubungan Memey dan Norman Serius..tp belum merancang kahwin..nak enjoy dulu..huhu"
Si Memey ni perampas suami orang ah. tak padan umur dia baru setahun jagung sey. tak sesuai langsung dengan Norman. satu hari nanti kalau hal ni berlaku kat keturunan dia baru padan muka si Memey tu. hehehehehe. biar, aku tengah geram. Abby punya lah baik tapi si Norman tu sia-sia kan. perasan diri tu muda, padahal anak dah tiga.
Leave A Reply