Jom cari dalam sensasi blog

Wednesday, July 1, 2009

Jokes:Janda Yang Dahaga

Posted on 7:03 PM by Sitcom

Disini  saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai  seorang janda yang baru sahaja kematian suami.... Hasnah seorang janda  kaya yang baru sahaja kematian  suaminya  akibat  kemalangan jalanraya.  Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik.  Sejak  kematian  suaminya, beliau sentiasa  diusik oleh  jejaka-jejaka kampung  yang  sudah  lama memendam rasa kepadanya.  Namun begitu, Hasnah tidak  pernah  melayan  kerana  pemuda-pemuda  kampung  tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya... Walaupun.... hatinya berasa
sepi  ketika  waktu  ini.   Lebih-lebih  lagi di waktu malam ... Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu... Pada   satu  malam,  kira-kira  pukul 2 pagi....  beliau bangun  dari katilnya...  badannya  terasa  panas....tekaknya terasa haus.... beliau terasa  begitu dahaga sekali.  

 

Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur.. sampai di dapur... beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol  air  sejuk....  beliau  tuang  ke dalam  cawan dan meminumya...
Setelah  meminum  air  tersebut..  beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula...   Sekian terimakasih,  itulah  kisah  seorang  janda  yang dahaga........... Wah, sepenuh hati korang  mambaca nyer.
Ha...haa...haaa....

 


Lupa jalan pulang

Jenny   mempunyai   masalah   berat  badan,  lalu  menemui  doktor  untuk mendapatkan  rawatan  dan  nasihat.   Daripada  pertemuan singkat itu dia dinasihatkan supaya berlari 16km sehari  selama sebulan. Doktor  Sin  Chan  juga  memberi  jaminan bahawa cara  itu amat berkesan. Jenny  mengikut  nasihat  yang  diberikan.  Selepas 30 hari  mengamalkan, berat  badannya turun sebanyak 10 kg. Dia terlalu gembira lalu  menelifon Doktor Sin Chan. "Tapi sayer ader masalah besar nih...."  katanyer.  "Apa masalah awak?" DOKTOR bertanyer.....  "Macam mana saya  nak balik doktor,
skang nie,....saya berada 480km dari umah........

No Response to "Jokes:Janda Yang Dahaga"

Leave A Reply