Jom cari dalam sensasi blog
Sunday, June 21, 2009
Sarimah Ibrahim Bercerai dgn hubbynye Amir
Sarimah, 31, telah menyatakan kepada pihak akhbar bahawa beliau telah sah bercerai dengan suaminya iaitu Amir Andrew Abdullah, 38, pada Disember 2008 setelah beberapa lama tinggal berasingan.
Tambahnya, segala kenyataan yang dibuat sebagai pasangan sejak 12 bulan yang lalu adalah dengan harapan mereka dapat mengatasi perbezaan antara mereka dan cuba memperbaiki kelemahan antara satu sama lain.
Berikut adalah petikan kenyataan yang dibuat oleh Sarimah mengenai perceraian beliau:
Dengan berat hatinya, saya dengan ini ingin memaklumkan kepada anda semua mengenai fasa kehidupan saya yang baru.
Selepas tiga tahun bergelar isteri, saya dan Amir mengambil keputusan untuk memilih jalan sendiri dalam kehidupan kami.
Ini adalah keputusan yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak atas dasar menghormati antara satu sama lain. - Sarimah
Ketika ditanya mengapa baru sekarang dia mengumumkan tentang hal itu, Sarimah menjelaskan yang dia mahu menyelesaikan tugasannya sebagai pengacara Diari Akademi Fantasia (AF) 7 selain 10 episod Diari INT.
Trivia: Sarimah dan Amir diijabkabulkan di Masjid Dublin, Ireland pada 13 Mei 2006.
P/S:sarimah chantek,bila2 pun boleh cari pengganti..nway hubbynye tu pun x hensem..huhu
No Response to "Sarimah Ibrahim Bercerai dgn hubbynye Amir"
Leave A Reply