Jom cari dalam sensasi blog
Wednesday, June 10, 2009
Akhirnya Brad Pitt & Angelina Jolie akan berkahwin setelah berkongsi enam anak..(4 anak kandung)
Posted on 6:09 PM by Sitcom
BRAD Pitt dan Angelina Jolie dilaporkan merancang untuk berkahwin pada penghujung musim panas ini sekaligus untuk menepis dakwaan kononnya mereka bakal berpisah.
Menurut laporan, pasangan sensasi Hollywood itu memutuskan untuk berkahwin setelah dilanda gosip hebat yang mengatakan hubungan mereka telah berakhir gara-gara sering bertengkar.
"Selalunya Brad yang mahu bercakap tentang perkahwinan. Tetapi kali ini Angie yang berbuat demikian. Angelina merasakan ini adalah cara terbaik untuk menamatkan semua gosip itu. Brad cukup terkejut," kata sumber rapat kepada pasangan itu.
Mereka merancang untuk berkahwin di New Orleans dan keenam-enam anak mereka akan terlibat secara 'besar-besaran' dalam perkahwinan itu nanti, katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No Response to "Akhirnya Brad Pitt & Angelina Jolie akan berkahwin setelah berkongsi enam anak..(4 anak kandung)"
Leave A Reply