Jom cari dalam sensasi blog

Wednesday, June 3, 2009

Kereta Farah Asyikin Kena curi

Posted on 6:02 PM by Sitcom

SS difahamkan kejadian berlaku selepas Farah pulang mengunjungi keluarganya. Dek terlalu letih, Farah meletakkan kenderaan di luar apartmennya yang berhadapan Damansara Perdana.

Beritahu Farah kepada SS, pada malam kejadian itu dia berasa tidak sedap hati seperti sesuatu akan berlaku. Namun, kerana terlampau penat dia membiarkan saja perasaan gundah yang berkecamuk dalam hatinya itu..

Kata Farah kepada SS, dia hanya menyedari keretanya hilang pada keesokan harinya apabila hendak keluar beli barang. Melihat keretanya tiada depan mata membuatkan dia hampir pengsan kerana begitu terkejut dengan apa yang menimpa diri.

Jika sebelum ini Farah hanya membaca berita mengenai kecurian kereta yang dihadapi orang lain, dia sama sekali tidak pernah menyangka perkara seperti itu akan terjadi kepadanya.

Bagaimanapun, beritahu Farah kepada SS, dia bersyukur tiada benda berharga yang disimpan dalam kereta dan dirinya pun selamat daripada ancaman penjenayah.

Ye lah, kadang-kadang apabila SS baca berita di akhbar, penjenayah bukan saja mencuri kereta malah sanggup membunuh. Hairan SS, apalah nak jadi dengan dunia ini.

Sejurus kejadian itu, Farah ke balai polis untuk melaporkan kejadian berkenaan. Bagi menghilangkan kerisauan yang bersarang di hati, keluarga Farah membawanya keluar makan di The Curve agar tidak terlalu memikirkan kejadian itu.

Menurut Farah, dia reda dengan apa yang berlaku. Kejadian seumpama itu membuatkan dia akan sentiasa berwaspada pada masa depan.

Mendengar berita itu, membuatkan SS terdiam. SS takut juga apabila mendengar pelbagai berita jenayah yang kian berleluasa.

No Response to "Kereta Farah Asyikin Kena curi"

Leave A Reply