Jom cari dalam sensasi blog

Sunday, December 27, 2009

Pilihan : 6 Artis Bakal Menyerlah 2010

Posted on 5:48 AM by Sitcom

RAMAI muka baru yang diperkenalkan tahun ini tetapi hanya beberapa kerat saja yang benar-benar ada potensi dan kemungkinan besar kan menyerlah.

Pilihan seperti nama-nama tertera di bawah ini, dijangka mempunyai masa depan yang cerah kerana bakat, peluang dan pakej yang mereka ada.

Tiz Zaqyah




Tiz Zaqyah, 21, pelakon drama Nur Kasih arahan Kabir Bhatia kini menjadi sebutan antara artis baru yang berbakat besar dan semakin menyinar.

Kemunculan gadis ini sejak empat tahun lalu dalam industri hiburan tanah air bermula sekadar watak sampingan melalui drama Impian Ilyana, Bernafas Dalam Lumpur, Gol & Gincu dan Putih.

Kekuatan dalam lakonan Nur Kasih dengan membawa watak bertudung berjaya memikat hati golongan ibu-ibu dan makcik- makcik sekaligus melonjakkan nama Tiz Zaqyah.

Walaupun pada masa yang sama juga gambar seksinya di majlis sosial diedarkan di internet, lakonan alim Tiz berjaya menutup kontroversi tersebut.

Tiz bakal menyerlah terutamanya dari segi mutu lakonan dan dia mungkin lebih baik jika melakonkan watak-watak yang berlainan.

Tahun 2010 bakal memberi laluan kepada Tiz untuk terus menempatkan dirinya sebaris dengan artis-artis ternama tanah air.

KOMEN: Dari segi bakat yang ada pada Tiz, dia perlu mengilap lagi mutu lakonannya kepada watak-watak yang berbeza dan lebih mencabar untuk menjadikannya seorang pelakon versatil. Tiz juga perlu sentiasa menjaga adab dan kelakuannya kerana peminat tidak akan memaafkannya jika peristiwa seperti gambar sosialnya berulang kembali.

Remy Ishak



Seperti Tiz Zaqyah, nama Remy Ishak, 27, turut meniti dibibir-bibir peminat selepas membintangi drama bersiri Nur Kasih. Populariti yang diraih oleh pelakon kacak ini juga dilihat banyak membintangi drama atau telefilem lain, sama ada sebagai tunggak utama mahupun sekadar watak pembantu.

Di awal kemunculan Remy, dia telah mencetuskan kontroversi apabila membintangi filem pendek berjudul Comolot yang berkisarkan tentang kehidupan golongan ‘gay’. Namun ketika itu pemilik nama Mohammad Zalimei Ishak ini belum begitu dikenali.

Kini tanpa menoleh ke belakang, Remy mengambil peluang yang ditawarkan Erma Fatima untuk beraksi di pentas teater menerusi teater Natrah. Remy memegang watak Mansor Adabi, suami kepada Natrah.

Dalam pada itu, berita dia dibelasah sekumpulan lelaki rentetan kontroversi cintanya bersama Ummi Nazeera menjadikan Remy semakin popular.

Remy merupakan hero baru yang muncul di kala industri hiburan tanah air kekurangan hero melayu yang 'gagah'. Bakatnya seiring dengan pakej tubuh badan dan rupa paras menjadikan Remy rebutan pengarah-pengarah filem, drama dan teater sekaligus menawarkannya memegang watak utama.

KOMEN : Remy Ishak salah seorang hero melayu yang mempunyai karektor lelaki elayu maskulin yang mana sukar untuk ditemui dikalangan hero-hero Melayu di Malaysia. Jika ingin terus menyinar dan diterima peminat Remy perlu lebih berhati-hati agar tidak terus-menerus dikaitkan dengan kontroversi 'kaki pukul'.

Yuna



Personalitinya yang agak berbeza membuatkan Yuna atau nama sebenar Yunalis Zarai, 23, mudah diterima peminat terutamanya golongan remaja. Lagu nyanyiannya berjudul Dan Sebenarnya mula menjadi siulan ramai.

Gadis bertudung ini mula mencipta fenomena biarpun pada tujuan asalnya mencipta dan mendendangkan lagu hanya sekadar berkongsi muzik.

Corak nyanyian dan lagu dihasilkan Yuna mengingatkan kepada pemenang Anugerah Grammy, Norah Jones dan Colbie Caillat. Namun sedikit berbeza apabila susunan muzik diketengahkan Yuna bukan saja mempunyai elemen jazz, malah sedikit ska dan pop alternatif.

Walaupun Yuna pernah dikatakan artis yang kurang mesra media, kini dia mula belajar dari kesilapan lalu.

Yuna dijangka bakal menyinar pada tahun 2010 memandangkan bakatnya bukan sahaja tertumpu kepada bidang nyanyian, malah beliau juga berkebolehan mencipta lagu dan lirik.

KOMEN : Bakat Yuna bukan sahaja sebagai penyanyi dan komposer di kala usianya yang masih muda. Yuna juga mampu menerbitkan album sendiri tanpa bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman. Yuna perlu mendapatkan material yang lebih bagus untuk menarik perhatian pelbagai golongan.

Liyana Jasmay



Satu demi satu kejayaan diraih oleh pelakon Liyana Jasmay (LJ), 21, sama ada dari bidang lakonan atau nyanyian.

Pada 4 Disember lalu, LJ berjaya merangkul gelaran Pelakon Wanita Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2009 menerusi filem Kami The Movie.

Sebelum itu, dia turut meraih kemenangan yang sama di Festival Filem Malaysia ke-22 menerusi filem Papadom arahan Afdlin Shauki.

Menerusi bakat nyanyian yang ada, LJ muncul dengan Single pertamanya, Aku Tak Percaya Cinta sering diputarkan di radio sehingga menjadi siulan anak muda.

Gadis ini dijangka lebih menyerlah untuk tahun 2010 kerana LJ dalam usaha meningkatkan mutu nyanyian. Terbaru, LJ telah melancarkan album sulungnya dengan mempertaruhkan lima buah lagu iaitu Aku Tak Percaya Cinta, Aku Jatuh Cinta, Penyelamat Cinta (duet bersama Aizat), Pelik dan Kejam.

KOMEN : Sebagai pelakon mungkin LJ sudah bersedia namun dalam bidang nyanyian LJ perlu mempersiapkan diri terutamanya dari segi vokal!.

Bunkface



Selepas Meet Uncle Hussain, Hujan dan Estranged, kini giliran Bunkface pula menempa nama dan menjadi kegilaan ramai terutamanya golongan remaja.

Mula dikenali di aliran underground melalui single pertama Silly Lilly dari EP Lesson of the Season, manakala menerusi lagu berjudul Situasi telah mengangkat nama Bunkface ke aliran arus perdana.

Kehadiran mereka menjadi satu fenomena baru apabila lagu Situasi dan Revolusi menjadi siulan ramai.

Kumpulan ini dianggotai tiga anak muda iaitu Shamsul Annuar Mohd Baharom (Sam) selaku vokalis, Muhammad Farouk Jaafar (Youk) dan Ahmad Farhan Hashim (Pa’an).

Selain itu Syarikat telekomunikasi TM yang telah menggunakan lagu Through My Window sebagai lagu tema kempen Everyone Connects.

Julai lalu di Shout! Award, mereka berjaya mengondol tiga anugerah iaitu Rockstar, Break Out dan Ultimate Shout! Award . Bunkface dijangka akan menyerlah kerana aliran muzik baru dan segar yang mereka bawa adalah ciptaan mereka sendiri dan kekuatan peminatnya tersendiri memberi sokongan kumpulan anak muda ini untuk terus berkarya.

KOMEN : Bunkface perlu lebih menjaga tingkah laku dan tidak terlalu terikut-ikut dengan kumpulan-kumpulan muzik barat. Walaupun muzik yang ditampilkan segar dan sedap didengar namun vokalis Sam perlu lebih menumpukan kekuatan vokalnya dalam persembahan secara langsung.

Akim





Meskipun hanya mendapat tempat ketiga di dalam program realiti popular, Akademi Fantasia 7 (AF7), tidak lama dulu, perjalanan seni Afiq Akim Ahmad atau Akim,18, atau mesra dipanggil Akim ini dilihat semakin menyerlah.

Mempertaruhkan single pertamanya, Bengang, yang sedang rancak diputarkan di corong-corong radio, Akim juga turut dipilih membintangi drama bersiri berbentuk muzikal, Kau & Aku, yang akan mula disiarkan di Astro Ria .

Akim akan tampil dengan sebuah single baru tidak lama lagi yang merupakan hasil ciptaannya sendiri. Buat masa ini, perkara itu sedang di dalam perbincangan dengan syarikat pengurusannya, Astro Entertainment Sdn Bhd.

Anak muda berasal dari selatan ini dijangka bakal bersinar kerana bakatnya dalam bidang nyanyian, mengubah lagu dan lirik, lakonan serta mempunyai personaliti yang menarik untuk iklan komersil.

KOMEN : Akim perlu mempelbagaikan genre nyanyian bukan sahaja untuk golongan remaja malah kepada semua peringkat umur.

No Response to "Pilihan : 6 Artis Bakal Menyerlah 2010"

Leave A Reply