Jom cari dalam sensasi blog
Tuesday, December 1, 2009
Celoteh ~ Anda tak semestinya cool kalau main game yang cool
Dan anda tak semestinya tak cool kalau tak main game yang cool. Eh apa I mengomel ini? Sungguh comel seorang diri.
I suka main game. Sangat suka. Kalau diberi pilihan antara suntikan punggung untuk hilangkan senggugut, dan main game untuk lupakan senggugut, I rasa, semua orang akan pilih pilihan yang kedua. Walaupun diorang lelaki dan takde senggugut. Eh apa ini tiba-tiba.
Tahap minat dan cinta I kepada game amat tinggi sehingga I ingat lagi dulu, waktu kami adik-beradik giat dan galak bermain Playstation. Kami akan dibawa ke kedai CD oleh Daddy untuk beli game nak main dekat PS. Semua kena pilih game yang 2players haha kalau tak kena smash. Tapi I pilih juga The Sims Hospital sebab semua pun sebenarnya suka The Sims. Maka CD yang I pilih, semua orang akan gilir-gilir main dan akhirnya terciptalah persaingan sihat antara kami. Semua ingin sampai ke Level 10 dahulu, dan dengan itu, kami kena gigih bermain dan mengendali hospital dengan baik. Dan kena hire doktor yang diligent, hard-working and friendly je. Yang lazy, accident-prone semua boleh blah.
Setiap kali habis satu level, TheSims akan keluarkan code untuk password nak pergi next level. Code combination ini memang ada satu je, maksudnya kalau orang nampak code anda dan try nak guna untuk game dia memang sangat boleh. Sangat boleh.
Nak dijadikan cerita, semua masih hegun-hegun kat level 6 dan 7, I dah sampai level 9. Semua tengok je I main level 9 dan discover penyakit dan mesin-mesin baru. Semua tengok je I rawat pesakit-pesakit. Semua tengok je I susun-susun vending machine dan plant.SEMUA TENGOK JE BILALAH I NAK MENANG LEVEL INI DAN CODE NAK KELUAR EWJFKSDCMXIJCXV SEMUA DAH TUNGGU DENGAN PEN FUIGEDJNVCMJEOIFSDLKCZX.
Tarik nafas. PASTU MEMANG BETUL FIRASAT I, BILA I MENANG SEMUA MATA TERBELIAK TUNGGU CODE, NAFAS SEMUA TERHENTI MATA TIDAK BERKELIP. I terus berdiri depan TV halau semua orang. Halau-halau. Diorang buat perangai nyamuk. Nak kena spray baru lari kot T_T I berdiri je tekad taknak berganjak. Betul-betul nak cover code itu. Usaha penat lelah I okay, balik sekolah terus main makan minum tak ingat, mandi tak basah, senang-senang je diorang buat perangai nyamuk dekat I. Sampai ke sudah diorang tak berganjak, sampai I nangis halau-halau. Okay masa ini I muda lagi, so tak buruk sangatlah rupa nak buat macam tuh. Ceh muda lah sangat padahal tingkatan berapa entah. Sumpah godang hodoh berdiri depan TV nangis-nangis halau nyamuk.
In the end diorang pun mengalah, tak sanggup tengok kehodohan I agaknya. So I salin cepat-cepat code tersebut dan simpan baik-baik. Simpan baik-baik di sini bermaksud bawa pergi mandi ya. Ya Allah betapa penyamunnya adik-beradik I. Hahaha rinduuuuuuuuuuuuu. Kalau I boleh turn back time, I nak berada kat zaman itu balik. Walaupun buruk perangai, tapi takpe. Kitorang adik-beradik comel sangat, okay..:P
Sebenarnya topik ini terlintas bila I teruja tengok semua adik -beradik I sign up Facebook just because nak main Pet Society, Farmville dan Restaurant City. Diorang tengah have fun berlumba-lumba, dan bila I online FB mesti salah seorang tengah online, pastu tegur tanya sahur makan apa, buka makan apa, pastu sambung main game T_T . Sigh. I AM DYING TO TRY IT. But I know, it'd be taking a big portion of my precious time sebab I senang addict dan dan sangat susah sebab nak jaga pelajaran dan pekerjaan.
Sayang, kan best kalau tiba-tiba datuk you yang kaya gila, bagi kilang kerepek dekat you, pastu sampai bila-bila you takyah kerja, pastu kita beli kondo atau semi-D yang kecil sahaja, pastu kita main game je setiap hari. Tekken atau Streetfighter. Tak pun Bloody Roar. Kalau boring kita pergi backpacking kat Andalusia. Eh tak tak, kalau boring kita racing jadi Crash Bandicoot dengan Dingodile dulu, baru pergi backpacking kat Andalusia
No Response to "Celoteh ~ Anda tak semestinya cool kalau main game yang cool"
Leave A Reply