Jom cari dalam sensasi blog
Sunday, February 22, 2009
Memey penyebab Abby tarik Diri
NAMPAKNYA kisah kontroversi yang melanda diri pelakon muda ini belum lagi reda. Belum pun habis isu khalwat yang melanda dirinya dan aktor Norman Hakim, kisah ‘ketegangan’ antara Memey dan aktres Abby Abadi nampaknya terus diperkatakan.
Setelah dituduh sebagai perampas dan pemusnah rumahtangga, kali ini Memey dikatakan menjadi punca utama bekas isteri Norman itu menarik diri dari membintangi filem arahan Eddie Pak atau nama Islamnya, Mohd Aliff Najmi Abdullah berjudul Dimensi Cinta.
Meskipun tiada sebarang perjanjian dibuat, Abby kononnya telah dilamar untuk menjayakan filem usahasama Harian Inovatif Sdn Bhd (HISB) dengan kerjasama Syarikat Sunday To Sunday Services Sdn Bhd (STSS) tahun lalu, namun setelah pihak produksi turut menawarkan satu watak untuk Memey di dalam filem itu, ia dikatakan menjadi antara salah satu punca yang membuatkan Abby tawar hati untuk menjayakan filem tersebut.
“Saya dapat tahu tentang dia ingin tarik dari hanya menerusi akhbar saja. Malah, saya tahu tentang tawaran yang diberikan kepadanya itu juga hanya menerusi laporan pihak media.
“Jadi, saya memang tidak tahu mengapa dia menolak tawaran ini. Hanya pihak produksi saja yang mungkin tahu perkara sebenar. Sejujurnya, saya tiada masalah bekerja dengan sesiapa pun,” ujar Memey yang ditemui pada majlis pelancaran filem tersebut di Bukit Kiara, hari ini.
Pengarah filem itu, Eddie juga menyangkal isu kononnya Abby menarik diri daripada filem itu gara-gara kehadiran Memey yang turut diundang berlakon di dalam filem tersebut.
“Kita sebenarnya belum ikat kontrak secara rasmi dengan Abby. Sebenarnya, pada peringkat awal dulu, memang pihak produksi ada menawarkannya menjayakan filem ini setelah dia hadir pada majlis pra-pelancaran filem ini tahun lalu.
“Kami ada ajak dia menghadiri ‘casting’, tetapi dia tidak datang. Jadi perkara itu hilang begitu saja, bukan disebabkan perkara lain,” kata Eddie.
Menurut Memey, dia ditawarkan untuk turut membintangi filem ini pada November tahun lalu, namun ketika itu dia tidak memberikan sebarang kata putus memandangkan sedang berdepan dengan ‘episod hitam’ yang melanda dirinya.
“Waktu itu, saya memang ’senyap’ seketika kerana kes tersebut. Tetapi setelah perkara itu beransur surut dan mereka pula tidak henti-henti menghubungi saya, itu yang membuatkan saya terima tawaran itu.
“Lagipun, inilah peluang untuk saya beraksi buat pertama kalinya di layar perak. Sudah lama saya nantikan peluang ini sebenarnya.
“Mungkin ada yang beranggapan saya dipilih kerana kontroversi itu, tetapi saya lebih suka melihat perkara ini dari sudut positif. Saya tidak mahu mempersoalkan tujuan sebenar mereka mengambil saya.
“Saya anggap ini adalah rezeki,” kata pelakon kelahiran Kota Tinggi, Johor ini.
No Response to "Memey penyebab Abby tarik Diri"
Leave A Reply