Jom cari dalam sensasi blog

Sunday, February 8, 2009

Jennifer Aniston masih Angaukan Bradd Pitt

Posted on 6:33 PM by Sitcom


NAMPAKNYA Jennifer Aniston belum terlepas daripada bayangan bekas suaminya, Brad Pitt.

Dalam temu bual terbaru dengan majalah Marie Claire, Aniston dilaporkan mengakui bahawa dia masih lagi menyimpan rakaman suara romantis Pitt.

"Saya ada menyimpan rakaman suara kekasih pertama, kedua dan suami saya. Seronok, ia seumpama menyimpan semua surat-surat cinta kami," lapor akhbar The Sun berdasarkan temu bual Marie Claire itu.

Menurut Aniston, rakaman suara yang disimpan itu bagaikan kepingan surat cinta yang cukup indah dan berbau rayuan.

Pitt dan Aniston bercerai pada tahun 2005, setelah melalui tempoh perkahwinan manis selama lima tahun. Ketika Pitt sedang berbahagia dengan Angelina Jolie dan anak-anak mereka pada masa ini, Aniston dilihat masih lagi tercari-cari lelaki yang sesuai untuk memulakan kehidupan berkahwin semula.

Aniston, yang ketika ini masih tidak pasti mengenai hubungannya dengan John Mayer, mengakui masih sulit melepaskan kenangan-kenangan cerita cintanya.

Sementara itu, Aniston yang bakal merayakan ulang tahun pada 11 Februari ini, seringkali dikejutkan dengan beberapa berita gurauan daripada teman-teman baiknya.

Antara berita kelakar itu termasuklah kononnya ada bekas kekasihnya sebelum ini lelaki gay.

Hal ini tentu mengejutkan Aniston, tetapi dia masih rasional dan tidak mempercayai gurauan berkenaan.

"Saya selalu mendengar daripada teman-teman bahawa bekas kekasih saya gay. Tak percayalah. Mana mungkin, sebab dengan setiap lelaki-lelaki itu, kami memiliki hubungan yang baik dan sangat indah," katanya.

No Response to "Jennifer Aniston masih Angaukan Bradd Pitt"

Leave A Reply