Jom cari dalam sensasi blog

Sunday, February 22, 2009

Melissa Maureen Mengandung

Posted on 12:52 AM by Sitcom

HAI, sekarang memang musim artis kita mengandung. Macam musim durian gamaknya. Selain Erra Fazira, Aleya, Rosma dan Dynaz, Diva dapat tahu, satu lagi pasangan selebriti yang sedang menanti kelahiran cahaya mata ialah Malique dan Melissa Maureen.

Selepas bernikah di Bali, Indonesia pada 8 Ogos tahun lalu, Melissa kini dikatakan sedang mengandungkan bayi sulung mereka.

Khabar gembira itu disampaikan sendiri oleh teman baik Malique, Joe Flizzow baru-baru ini.

Barangkali Joe tidak bermaksud untuk membocorkan berita gembira itu kepada media, tetapi Joe mungkin berfikir bahawa rakan media sudah mengetahui tentang berita tersebut.

Bagaimanapun, Joe tidak memberitahu tentang usia kandungan bayi pelakon cantik Melissa. Sebaliknya dia hanya menyatakan yang Malique dan Melissa kini menanti detik bahagia menjadi ibu bapa

No Response to "Melissa Maureen Mengandung"

Leave A Reply