Jom cari dalam sensasi blog
Sunday, March 8, 2009
Suri Cruise Dilayan Bagaikan Puteri
SURI Cruise begitu tenang ketika dilihat bermain di Augustus Saint Gaudens di Manhattan, baru-baru ini.
Dengan berselipar emas dan berbaju berjenama yang sopan, kanak-kanak itu yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ketiga bulan depan, cuba bermain buai dan bergayut dengan diawasi rapat oleh ibu bapanya, pelakon terkenal, Katie Holmes dan Tom Cruise.
“Mereka sering menghabiskan masa bersama,” kata pengasuh kanak-kanak itu.
Hampir ke mana sahaja dia pergi, Suri, tidak akan berjauhan dengan selimut dan botol susunya.
Pernah satu ketika dia menangis sepuas-puas hatinya apabila Katie cuba mengambil selimutnya. Tangisannya itu memaksa Katie menyerahkan semula selimut itu.
Surie kelihatan seperti memperoleh apa sahaja yang dimahukannya. Dan ada sumber berkata, dia amat suka mendesak!
Baik di rumah besar ibu bapanya di Beverly Hills, atau ketika menjelajah dunia bersama-sama, Suri dibesarkan menurut peraturan ketat kepercayaan Katie dan Cruise — Sainstologi dan perkataan ‘tidak’ tidak pernah digunakan.
“Dia dianggap keajaiban pada mata Katie dan Cruise. Cruise berpendapat anaknya lebih ke depan berbanding kanak-kanak lain, ” kata satu sumber.
Mungkin — tetapi tidak apabila ia berkait dengan botol susu.
Pada usia hampir tiga tahun, dia masih belum dapat diceraikan dengan air barli yang disyorkan ajaran Saintologi.
Sumber berkata, Suri diberi kebebasan sepenuhnya dan dia begitu tidak sabar. Dia akan membaling apa sahaja jika ada yang tidak kena dengan kehendaknya.
Cruise, 47 dan Katie, 30, sentiasa melayani anak mereka seperti remaja.
“Cruise enggan bercakap dengan Suri seperti seorang dewasa bercakap dengan anak kecil. Suri juga digalak kreatif dan meluahkan perasaannya mengikut kemahuannya. Dia tidak pernah didisiplinkan. Kerana itu, apabila dia menconteng tembok, ibubapanya akan memujinya dan berkata ia cantik,” kata sumber berkenaan.
Kanak-kanak itu mempunyai segala bentuk kebebasan di kediaman besar ibu bapanya. Dia makan mengguna pinggan emas dan tidur di atas katil mahal. Waktu tidurnya juga tidak ditetapkan. Cruise dan Katie membiarkan anak mereka memilih waktu tidurnya sendiri.”
Anak manja itu juga mempunyai almari penuh dengan pakaian berjenama termasuk Dior, Burberry dan BCBG Max Azria sementara kasutnya keluaran Christian Loubotin.
“Katie berbangga dengan kegilaannya terhadap fesyen dan dia mahukan Suri menjadi kanak-kanak berpakaian terbaik di dunia. Katie dan Cruise akan bertanya kanak-kanak itu apa yang mahu dipakainya atau pengasuhnya akan berdiri di sebelah almari hingga Suri memilih pakaian yang hendak dipakainya,” kata sumber itu.
Dalam pada itu, Katie berkata, anaknya mempunyai deria fesyen yang hebat.
Kemewahan yang dicurahkan kepada Suri dapat dilihat sepanjang keluarga itu menetap di New York baru-baru ini.
“Ketika di taman permainan sekalipun, kanak-kanak itu berpakaian amat mahal.”
No Response to "Suri Cruise Dilayan Bagaikan Puteri"
Leave A Reply