Jom cari dalam sensasi blog
Tuesday, March 17, 2009
Rihanna malu nak keluar dengan Chris Brown
LOS ANGELES - Selebriti remaja, Rihanna terlalu malu untuk tampil di kawasan awam bersama kekasihnya, Chris Brown, lapor sebuah akhbar semalam.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Umbrella itu masih belum bersedia menerima reaksi para peminatnya sekiranya dia secara rasmi mengesahkan mereka sudah kembali berbaik-baik.
"Dia malu jika dilihat berpimpin tangan dengan Brown," kata satu sumber.
Brown dihadapkan ke sebuah mahkamah pada 2 Mac lalu kerana dituduh membelasah Rihanna sehingga cedera teruk setelah mereka bergaduh bulan lalu.
"Rihanna masih mencintai Brown dan dia secara peribadi sudah memaafkan kekasihnya. Bagaimanapun dia masih belum bersedia untuk menerima tentangan daripada peminatnya," kata sumber.
Tambahnya, artis itu memahami kebimbangan semua peminatnya serta menghargai semua sokongan mereka tetapi dia mahu melupakan detik hitam tersebut.
"Dia tidak menyembunyikan diri tetapi Rihanna cuba mendapatkan kehidupannya semula... itu tugas sukar," kata sumber.
Rihanna turut dirakam keluar makan malam di restoran Da Silvano di New York pada Sabtu lalu manakala pada Jumaat dia dirakam keluar berparti bersama Beyonce dan Jay-Z.
No Response to "Rihanna malu nak keluar dengan Chris Brown"
Leave A Reply