Jom cari dalam sensasi blog

Sunday, March 8, 2009

Polis cabul mangsa samun dan rakam aksi ghairah

Posted on 8:26 PM by Sitcom

AMPANG: Keluar mulut buaya, masuk mulut naga. Itulah perumpamaan tepat buat seorang wanita yang menjadi mangsa samun apabila dicabul pula seorang anggota polis ketika mengharapkan bantuan lelaki terbabit, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi 1 Mac lalu, mangsa pada mulanya meminta bantuan selepas dia disamun di kawasan ibu kota sebelum dihampiri seorang lelaki yang menaiki kereta bersama teman wanitanya.

Lelaki terbabit kemudian memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis dan meminta mangsa mengikutnya untuk membuat laporan kejadian samun itu.

Mangsa yang menyangkakan lelaki bersama teman wanitanya itu berniat ikhlas membantu menerima pelawaan mereka dan menaiki kereta berkenaan sebelum dia dibawa ke satu lokasi berbukit di Ampang.






Menurut sumber, ketika tiba di kawasan berbukit itu, mangsa diraba seluruh badan oleh lelaki terbabit manakala teman wanitanya mengambil gambar aksi ghairah berkenaan menggunakan telefon bimbit.


“Wanita itu yang mengharapkan bantuan daripada pasangan berkenaan untuk menyelamatkannya selepas menjadi mangsa samun akhirnya terperangkap dengan tipu helah mereka.

“Dia kemudian ditinggalkan pasangan berkenaan di kawasan Ampang sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu dua hari kemudian,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa berusia lingkungan 20-an seorang anak anggota polis sempat mencatatkan nombor pendaftaran kenderaan dinaiki pasangan terbabit.

“Susulan laporan itu, polis menahan lelaki terbabit yang juga anggota polis bersama teman wanitanya bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, dua suspek terbabit masing-masing berusia 40 dan 30-an itu direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian berasingan, perubahan sikap seorang pelajar tingkatan empat yang dilihat ibunya dalam keadaan murung membongkar rahsia yang dipendamnya selama ini apabila dia mendakwa menjadi mangsa rogol enam pelajar lain di sekolahnya.

Menurut Abd Jalil, ibu pelajar berusia 16 tahun itu yang mengesyaki perubahan sikap anaknya meminta pelajar terbabit menceritakan masalah dihadapinya.

“Pengakuan remaja itu ternyata mengejutkan ibunya apabila dia mendakwa menjadi habuan seks kepada enam lagi pelajar di sekolahnya Januari lalu.

“Ibu remaja itu membawa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya.

Abd Jalil berkata, polis menahan enam pelajar lelaki berusia antara 15 dan 17 tahun bagi membantu siasatan.

No Response to "Polis cabul mangsa samun dan rakam aksi ghairah"

Leave A Reply