Jom cari dalam sensasi blog

Tuesday, January 20, 2009

Waran Tangkap Ako

Posted on 4:38 PM by Sitcom


HULU KLANG: Pelakon Muhaizat Ahmad Mustapha, 37, atau lebih dikenali sebagai Ako Mustapha (gambar) dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, semalam, selepas gagal hadir untuk sebutan kes khalwatnya pada Jun dua tahun lalu.

Ako yang baru menamatkan zaman bujang pada Sabtu lalu dikenakan waran tangkap berikutan tidak hadir buat kali keempat untuk sebutan kes itu.

Ketika prosiding, Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shamsul Khair Bahro, memberitahu tertuduh gagal hadir ke mahkamah semalam, termasuk sebutan kes sebelum ini pada 21 Oktober tahun lalu.

Menurut beliau, pihaknya gagal menyerahkan notis saman kepada Ako di tempat pelakon terbabit ditahan khalwat iaitu Blok B-2-9 Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa, dekat sini, dan dua kali di sebuah rumah di Kota Damansara, Petaling Jaya.

No Response to "Waran Tangkap Ako"

Leave A Reply