Jom cari dalam sensasi blog

Thursday, January 22, 2009

Mawi Raja SMS,Ekin Raja Tajaan -tuah lepas jadi Mrs Mawi

Posted on 11:08 PM by Sitcom

TUAH ayam nampak di kaki, tuah Ekin banyak yang sudah tahu. Daripada seorang wanita biasa yang karier lakonannya kurang menjadi, Ekin tetap mendapat perhatian umum, gara-gara dia kini sudah menjadi milik seorang lelaki yang cukup hebat popularitinya, Mawi.

Perhatian demi perhatian diterimanya memang cukup hebat dibandingkan dengan sumbangannya kepada industri hiburan.

Hari ini Ekin semakin menjadi perhatian oleh syarikat-syarikat berjenama untuk mempromosikan barangan mereka pula.

Sebelum menjadi isteri Mawi, mungkin banyak yang tidak tahu wanita berusia 30 tahun itu mendapat rezeki terpijak. Jika hantaran perkahwinan Mawi kepadanya bernilai RM30,000, khabarnya sebagai duta tudung berjenama Ariani, Ekin mendapat hantaran yang lebih meriah. Ratusan ribu ringgit telah menjadi milik Ekin selepas dia secara rasmi menjadi duta tudung yang diterbitkan oleh jenama tekstil terkemuka dalam negara, Jakel.

Kontrak sudah ditandatangani beberapa hari sebelum pernikahan Ekin dan Mawi di Kuala Lumpur, November lalu.

Gembira dilamar lagi

Bercakap tentang kontrak berkenaan, kata Ekin dia amat bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada keluarga Jakel. Tambah membanggakan kerana produk yang dipromosikan merupakan pakaian penting yang menutup aurat muslimah.




"MAWI dan Ekin."

--------------------------------------------------------------------------------


Sementelah dia sendiri tampil dengan imej bertudung semenjak setahun lalu, Ekin menganggap kontrak dengan Ariani sebagai rezekinya.

"Saya cuma menandatangani kontrak untuk setahun sahaja. Saya dapat tawaran ini pun sebab saya memang suka tudung Ariani kerana kelainan tekstilnya.

"Jadi bila Ariani menawarkan saya untuk menjadi duta mereka, saya sangat berbesar hati. Ibarat pucuk dicita ulam mendatang. Waktu saya menandatangani kontrak bersama Jakel, kami sangat santai. Kebetulan, waktu mereka mengajak bermesyuarat, saya dan Mawi berada di pusat membeli-belah Pavillion Kuala Lumpur. Jadi pihak Jakel pun datanglah ke sana dan kami bermesyuarat di Coffee Bean. Saya pun terus tanda tangan kontrak di sana tanpa sebarang masalah," ujar Ekin yang menandatangani kontrak tersebut disaksikan Mawi sendiri.

Mengenai hantaran ratusan ribu ringgit oleh pihak Jakel kepadanya, Ekin bagaimanapun memilih untuk merahsiakannya. Cuma kata Ekin, harga yang ditawarkan kepadanya cukup berbayar dengan khidmat yang perlu dilakukannya.

"Tak adalah sampai ratusan ribu. Mereka menawarkan mengikut pasaran yang sedia ada. Berapa yang Jakel tawarkan, saya tak mahu komen. Kalau boleh hal-hal sebegini saya tak mahu berkongsi dengan umum, biarlah menjadi rahsia antara saya dan Jakel sahaja," kata Ekin.

Rumah pun ditaja

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Justeru kerjasama dengan tekstil terkemuka itu tidak dibiarkan begitu saja, sebaliknya pihak Jakel dikatakan bermurah hati untuk menaja beberapa perabot dan hiasan kediaman barunya dan suami di Bangi, Selangor. Rezeki terpijak lagi.






Betul kata orang, memang beruntung jadi isteri orang ternama. Mana tidaknya, sebelum ini barangan perhiasan rumah baru keluarganya di Johor Bahru juga turut ditaja oleh beberapa pihak.

"Alhamdulillah, nampaknya macam itulah. Kami masih berbincang tentang penajaan untuk rumah kami di Bangi. Nampaknya mereka memang berminat untuk membantu kami mengatur hiasan dalamannya," tuturnya yang tidak mahu menolak rezeki yang hadir begitu saja.

Rasa serba salah

Biarpun kelihatan Ekin begitu teruja dengan pelbagai penajaan yang diraih, jauh di sudut hati wanita ini tercetus dilema berpanjangan. Dia sedar dirinya barangkali dicemuh oleh pelbagai pihak apabila banyak perkara penting yang berlaku dalam hidupnya ditaja pihak lain.

"Nak ikutkan hati, kalau boleh, saya dan Mawi tak mahu ditaja. Kadang-kadang saya terfikir, nak terima atau tidak dengan tawaran mereka itu.




"WAJAH ceria Ekin sebelum bertudung."

--------------------------------------------------------------------------------



"Takut, kalau saya kata tak nak, orang kata saya berlagak. Tapi kalau terima, orang luar pula tertanya-tanya kenapa perlu kami ditaja lagi?

"Apa pun, saya anggap, sama ada kami ditaja atau tidak, masih lagi kedengaran suara yang mengkritik kita sampai bila-bila. Ada saja yang tidak kena. Jadi prinsip saya senang, kalau mahu dengar cakap orang, susahlah nak hidup," tegas Ekin yang pada ketika anda menatap Kosmo! hari ini masih berada di Korea menghabiskan percutian bulan madunya.



"SELEPAS tampil dengan imej bertudung, rezeki Ekin makin menjadi."

--------------------------------------------------------------------------------



Sementara itu, Pengarah Pemasaran Jakel Kuala Lumpur, Azlan Abu Bakar berkata, pemilihan Ekin sebagai duta tudung Ariani dibuat oleh Pengarah Urusan Jakel, Mohamed Feroz Mohamed Jakel sendiri. Keputusan itu dibuat setelah melihat imej positif Ekin yang kekal cantik walaupun bertudung dan mereka yakin boleh membantu membesarkan lagi pengaruh jenama itu.

"Imej positif yang ditampilkan Ekin membuatkan Jakel terpikat kepadanya untuk dilamar menjadi duta. Tentunya kami begitu gembira setelah mendapat persetujuan daripada Ekin dan perjanjian kontrak antara kami disaksikan Mawi sendiri beberapa hari sebelum mereka diijabkabulkan," kata Azlan.

Azlan mengakui personaliti yang ada dalam diri Ekin membuatkan ramai yang ingin tahu apa yang dipakainya ataupun apa saja barangan yang ada dalam rumahnya.

"Selepas Ekin menjadi duta bagi tudung Ariani, jualan kami agak memberangsangkan dan bertambah sebanyak 30 peratus berbanding sebelumnya. Kerjasama dengan Ekin menjadikan Ariani lebih dikenali. Justeru Jakel tidak akan lokek untuk bekerjasama lagi dengan mereka, malah kami sedia bekerjasama dengan menaja beberapa kelengkapan dan hiasan rumah pengantin baru itu tidak lama lagi."

No Response to "Mawi Raja SMS,Ekin Raja Tajaan -tuah lepas jadi Mrs Mawi"

Leave A Reply