Jom cari dalam sensasi blog

Wednesday, January 21, 2009

Norman:saya tak pernah sentuh memey (ye kew?)

Posted on 6:20 PM by Sitcom



"Saya tidak pernah 'sentuh' Memey. Tolong jangan buat andaian sejauh itu walaupun kami ditangkap khalwat."

Begitulah kata-kata Norman Hakim kepada semua yang acapkali menuduhnya melakukan perbuatan sumbang dengan pelakon Memey Suhaiza selepas mereka ditangkap khalwat tahun lalu. Menurut Norman lagi sepanjang pengenalannya dengan Memey hampir setahun lalu, dia tidak pernag melakukan perkara sumbang terhadap Memey.





"Saya tahu kalau ditangkap atas tuduhan berkhalwat, orang akan anggap macam-macam yang sudah kita buat tetapi jangan mudah jatuhkan hukuman kepada kami. Hakikatnya tidak ada apa-apa keterlanjuran yang berlaku antara kami berdua," katanya.

Norman berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Syariah Gombak Timur di sini semalam selepas kes khalwatnya dengan Memey disebut di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhamad.

Norman juga mengakui kes tangkapan khalwat itu benar-benar mengaibkan dirinya.

Sepanjang prosiding sebutan kes khalwatnya di mahkamah, Norman dan Memey menjadi tumpuan apabila dilihat agak mesra selain mengenakan pakaian sedondon bewarna hitam dan putih. Kes mereka akan dibicarakan 3 Mac kelak.


P/S: Memey cakap dia takmau kahwin ngan Norman..

No Response to "Norman:saya tak pernah sentuh memey (ye kew?)"

Leave A Reply