Jom cari dalam sensasi blog

Thursday, January 22, 2009

Mazidul dan Isteri sah masih Suami isteri

Posted on 12:53 AM by Sitcom


PETALING JAYA - Pengacara rancangan 360 dan Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3, Mazidul Akmal Sidik boleh menarik nafas lega apabila Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam mengesahkan bahawa dia dan pasangannya, Khairul Fazlin Kamaruddin masih lagi suami isteri yang sah.

Keputusan itu dibuat Hakim Syarie Ghazali Ahmad setelah berpuas hati dengan keterangan Mazidul, 41, selaku defendan berhubung lafaz cerai berbunyi, "Kalau dia orang datang, I ceraikan you."

Lafaz itu dibuat terhadap Fazlin, 38, (plaintif) di rumah mereka di Apartmen Salbia, Bukit Damansara dekat sini pada pukul 11.30 malam, 13 Oktober tahun lalu.

Mazidul mendakwa 'dia orang' dalam lafaz itu dimaksudkan ibu bapa mertua, namun pada malam selepas lafaz dibuat, hanya ibu mertua datang bersama adik iparnya manakala bapa mertua tidak datang.

"Walaupun mahkamah mengambil kira lafaz cerai itu kerana ia jelas, namun ia belum lagi berlaku kerana bapa mertuanya tidak datang, justeru mereka masih lagi suami isteri yang sah," hujah Ghazali.

Pada 20 Oktober tahun lalu, Fazlin memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003

No Response to "Mazidul dan Isteri sah masih Suami isteri"

Leave A Reply