Jom cari dalam sensasi blog

Sunday, November 8, 2009

Zaidi Omar terlibat dlm kemalangan mengorbankan nyawa

Posted on 4:23 AM by Sitcom






seorang pelakon telah terbabit dalam kemalangan jalanraya baru-baru ini sehingga menyebabkan kematian seorang remaja. Awalnya nama Zed Zaidi, 29 disebut-sebut sebagai orangnya tetapi hari ini akhbar Harian Metro menjelaskan bahawa artis yang dimaksudkan itu adalan pelakon Zaidi Omar, 48, dan bukan Zed Zaidi. Malah Zed sendiri membuat penafian dia adalah artis yang dikatakan itu dan semuanya adalah salah faham dan gosip.

Mengikut laporan akhbar, kemalangan ngeri itu berlaku sekitar jam 1 pagi semalam di Lebuhraya Lingkaran Tengah berhampiran Batu Caves. Difahamkan, kereta BMW Zaidi telah bertembung dengan motosikal yang ditunggani oleh Allahyarham Tuan Mohamad Nul Hakim Tuan Long, 21, yang berasal dari Tumpat, Kelantan. Hanya takziah yang mampu di lafazkan buat keluarga Allahyarham.

No Response to "Zaidi Omar terlibat dlm kemalangan mengorbankan nyawa"

Leave A Reply