Jom cari dalam sensasi blog
Tuesday, November 24, 2009
JLO ditahan kerana anjing
GARA-GARA seekor anjing peliharaan mereka, pasangan suami isteri, Jennifer Lopez dan Marc Anthony, terpaksa berdepan dengan tindakan undang-undang apabila seorang wanita mendakwa anjing tersebut mencederakannya.
Wanita tersebut, Lisa Wilson yang merupakan seorang pramugari memfailkan saman di Mahkamah Persekutuan Brooklyn, New York.
Lisa mendakwa dia mengalami kecederaan belakang badannya apabila anjing pasangan selebriti itu, Floyd, melanggar kakinya dalam sebuah pesawat dan menyebabkan dia jatuh.
Insiden tersebut berlaku pada tahun 2006 dan dakwa Lisa lagi, kejadian itu boleh dielak jika Floyd diberikan latihan yang baik. Untuk menyokong lagi dakwaannya itu, Lisa turut mengupah seorang pakar haiwan.
"Anjing mereka ternyata sangat berbahaya dan kami akan buktikan hal itu dalam perbicaraan kami nanti," kata peguam Lisa, William Cafaro.
Sementara itu, peguam Jennifer dan Marcc turut mengupah seorang pakar haiwan dalam menilai pelakuan Floyd.
No Response to "JLO ditahan kerana anjing"
Leave A Reply