Jom cari dalam sensasi blog
Thursday, November 5, 2009
Radhi OAG Kena Tangkap?
PETALING JAYA: Peguam Syarie, Rubiah Jaafar yang mewakili isteri Radhi OAG, Shazlin Sharif, hari ini memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Radhi OAG kerana gagal hadir pada perbicaraan hari ini.
Mahkamah Rendah Syariah hari ini sekali lagi tidak dapat membuat pengesahan lafaz cerai pelakon dan penyanyi Radhi dari kumpulan OAG, Mohd Radhi Razali dengan isterinya Shazlin Sharif kerana pelakon itu tidak datang.
Justru itu, Hakim Syarie Ghazali Ahmad mengarahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap Radhi berkuat kuasa hari ini dan menetapkan tarikh bicara pada 1 Disember 2009 pukul 10.30 pagi.
Di peringkat awal prosiding, Rubiah memberitahu anak guamnya, Shazlin telah dimaklumkan oleh Radhi bahawa dia tidak dapat hadir pada prosiding hari ini.
“Dengan keterangan pihak plaintif (Shazlin), jelas pihak defendan tidak hadir. Saya mohon waran tangkap dikeluarkan,” kata Rubiah.
Shazlin yang berbaju kurung biru muda dan bertudung hitam hadir bersama seorang temannya.
Pada 20 Oktober lalu, mahkamah yang sama tidak dapat membuat pengesahan lafaz cerai Radhi dengan isterinya Shazlin kerana pelakon itu gagal hadir pada perbicaraan.
Hakim Syarie, Ghazali Ahmad berkata, ini kerana mahkamah perlu mendengar terlebih dahulu permohonan lafaz cerai kedua oleh Shazlin yang didakwa dilafazkan suaminya melalui telefon pada 25 Februari lalu.
“Mahkamah perlu terlebih dahulu mengetahui berapa jumlah talak dan sama ada talak yang didakwa dilafazkan Mohd Radhi pada 25 Februari lalu jatuh atau tidak,” kata Ghazali dalam prosiding mahkamah ketika itu.
Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan 3 November ini untuk perbicaraan semula pengesahan penceraian Mohd Radhi dengan isterinya, Shazlin berhubung dengan lafaz cerai yang didakwa berlaku pada 25 Februari lalu.
Sebelum ini, Shazlin mendakwa Radhi telah mengucapkan lafaz cerai berbunyi ‘Oklah, I ceraikan you. Talak 3, 2, 1?’ pada September tahun lalu.
Bagaimanapun, selanjutnya, mahkamah dan hakim yang sama mensabitkan tidak berlaku talak antara mereka berikutan Radhi membuat lafaz sumpah penafian (sumpah Syarie) terhadap permohonan lafaz cerai oleh Shazlin.
Berikut adalah pengakuan bersumpah Shazlin dalam sesi soal balas hari ini bersama peguamnya Rubiah:
RUBIAH: Apakah alamat Puan? Adakah seperti dalam surat saman?
SHAZLIN: Ya.
RUBIAH: No kad pengenalan Puan?
SHAZLIN: 780618-10-5542.
RUBIAH: Dalam tuntutan cerai, Februari 2009 pihak defendan ada jatuh talak.. Di mana Puan pada masa itu?
SHAZLIN: Pada tarikh itu, saya berada di tempat kerja di 1307, Tingkat 13, Blok A, Damansara Intan.
RUBIAH: Pukul berapa?
SHAZLIN: Tak ingat, tetapi pada waktu pagi.
RUBIAH: Puan dapat panggilan telefon daripadanya atau puan membuat panggilan telefon kepada defendan (Radhi)?
SHAZLIN: Saya telefon defendan.
RUBIAH: Nombor telefon yang dihubungi?
SHAZLIN: 017-35.. saya tak ingat sebab dia selalu tukar nombor telefon.
RUBIAH: Apa yang diperkatakan dalam perbualan telefon itu?
SHAZLIN: Kami bertengkar dalam telefon dan dia lafazkan cerai. Dia kata, “Aku ceraikan kau dengan talak tiga terus.” Saya jawab balik, “Thank you’.
RUBIAH: Semasa lafaz cerai itu dibuat, adakah Puan berada dalam keadaan suci, mengandung atau haid?
SHAZLIN: Saya berada dalam keadaan suci semasa lafaz cerai tersebut.
RUBIAH: Sejak Februari 2009, adakah masih tinggal bersama?
SHAZLIN: Kami tidak tinggal bersama sejak April 2008 sehingga hari ini.
RUBIAH: Semasa lafaz cerai itu dibuat, adakah Puan yakin defendan (Radhi) melafazkan secara sukarela atau dipaksa?
SHAZLIN: Dia tidak dipaksa. Sebelum dia melafazkan cerai, dia ada marah-marah dan kemudian terus lafaz.
RUBIAH: Selepas itu, apa terjadi?
SHAZLIN: Pada Julai 2009, kami bertengkar lagi ketika berSMS (khidmat pesanan ringkas).
RUBIAH: Siapa SMS dulu?
SHAZLIN: Tidak pasti.
RUBIAH: Apakah nombor defendan?
SHAZLIN: 017-355 6596.
RUBIAH: Apakah nombor Puan?
SHAZLIN: 012-355 9953.
RUBIAH: Apakah isi kandungan SMS yang dihantar?
SHAZLIN: Saya ingin mengesahkan lafaz cerai yang dibuatnya pada 25 Februari 2009. Defendan balas SMS saya itu.
RUBIAH: Apakah jawapan pihak defendan?
SHAZLIN: Lebih kurang begini jawapannya: “Saya (Radhi) tidak kata saya ceraikan kau, ‘Oklah, I ceraikan you talak, 3, 2, 1?’ Saya kata kalau.” Kalau tidak silap, ia pada September 2008.
Kemudian, Shazlin memberitahu mahkamah bahawa mahkamah memutuskan lafaz cerai pertama tidak sah kepada peguam bela terdahulunya.
RUBIAH: Kemudian apa jadi?
SHAZLIN: Saya SMS Radhi tanya bagaimana dengan lafaz cerainya yang kedua. Katanya: “Yes, I did”. Dia mengaku yang dia ada melafazkan cerai tersebut.
Peguam melampirkan sesalinan info SMS dari nombor telefon 017-355 6596 itu kepada mahkamah.
RUBIAH: Adakah pihak plaintif datang ke mahkamah untuk mengesahkannya dalam masa dua minggu?
SHAZLIN: Kami masih sedang dalam proses prosiding pengesahan cerai.
RUBIAH: Adakah pihak peguam terdahulu Puan mendaftarkan penceraian itu?
SHAZLIN: Tidak ada sebarang pendaftaran dalam masa 14 hari dari tarikh SMS dihantar.
RUBIAH: Adakah Puan yakin suara lafaz cerai itu adalah daripada defendan?
SHAZLIN: Saya yakin itu adalah suara pihak defendan.
No Response to "Radhi OAG Kena Tangkap?"
Leave A Reply