Jom cari dalam sensasi blog

Monday, August 31, 2009

Luahan Hati Ally Iskandar selepas pendedahan lamaran kepada Fasha

Posted on 7:23 PM by Sitcom





Masih ingat tak lagi dengan luahan hati Fasha Sandha dimana pada luahan hati tersebut Fasha dengan berani dan tanpa berselindung menulis dan menyatakan yang Ally Iskandar Mohd. Mardzi atau lebih sinonim dengan panggilan Ally pernah melamarnya?

Fasha=Ini adalah pengakuan saya yang iklas. Sepanjang hidup saya,sudah 4 kali saya dilamar untuk dijadikan isteri dan sudah 4 kali saya menerima cincin.. ….

Lamaran pertama adalah pada tahun 2007 oleh Ally Iskandar. Saya menolak secara baik walaupun mama dan keluarga sukakan Ally. Saya menolak kerana kerana saya hanya menganggap dia sebagai seorang abang. Dia terlalu baik untuk saya…..


Kali ini, Ally Iskandar pula membuat ‘luahan hati’ apabila ditanya mengenai apa yang dituliskan oleh Fasha Sandha mengenai lamaran’nya ditolak itu. Ayuh ikuti apa kata Ally kat bawah ni.


“Perkara ini semakin tersebar di Internet. Saya enggan komen dan tak mahu cerita ini jadi panjang. Saya tahu apa yang berlaku.

“Lagipun adakah dia telah membuat pengakuan bahawa dia yang menulis blog itu? Seperti yang semua tahu, laman-laman sosial seperti MySpace, Facebook mahupun Friendster, ia tidak semestinya dikendalikan oleh artis yang sebenar.

“Mungkin orang lain yang mendaftar menggunakan nama pelakon itu,”

“Saya tak tahu nak rasa macam mana. Bila nama dikaitkan dengan sesuatu perkara, kita terima tanpa perlu melatah. Langkah terbaik, saya tidak akan bagi sebarang reaksi. Lagipun, hidup perlu diteruskan bukan?”

No Response to "Luahan Hati Ally Iskandar selepas pendedahan lamaran kepada Fasha"

Leave A Reply