Jom cari dalam sensasi blog
Friday, November 7, 2008
Norman kahwin Memey,cerai Abby?
KL 5 NOV 2008: Macam-macam spekulasi terbit susulan daripada krisis tiga segi Norman - Abby - Memey yang mendapat liputan hangat sekarang, sampai menenggelamkan seketika cerita pilihan raya Senator Obama & McCain di Amerika Syarikat!
Macam-macam gosip dan teori timbul di kalangan wartawan, peminat dan pemerhati serta orang yang rapat dengan mereka.
Sejak menjadi tukang gosip, inilah antara drama realiti TV paling hebat pernah tengok. Ia bermula dengan babak tangkap basah Norman dengan Memey, diikuti babak Abby mengajak wartawan ke lokasi drama Gerak Khas untuk bersemuka dengan Norman. Kemuncaknya, bila emosi dah tak terkawal, Abby terus minta Norman menceraikannya di depan wartawan!
Kata seorang pemerhati, "Wartawan Malaysia ni kira cukup baik. Bila jadi perang macam gitu, dia orang yang jadi tukang penyabar. Bila Abby dah naik hantu, Norman pula cool habis. Kalau dua-dua kepala angin tentu puting beliung dah robohkan Wangsa Maju! Mujurlah seorang api, seorang lagi air."
Ramai pihak melemparkan teori-teori tersendiri. Ada yang cakap Norman dan Memey sebenarnya dah berkahwin di Sempadan Siam. Tapi kalau dah kawin, kenapa Norman menyorok sakan apabila dicekup pada pagi-pagi buta tempoh hari?
Siapa pula yang tiba-tiba muncul membawa kunci untuk membuka premis khalwat mereka? Adakah sudah dirancang? Adakah oleh Abby sendiri atau pihak yang kesiankan Abby?
Tapi lebih sensasi, ada pula cakap, Norman dan Memey sendiri yang sengaja mahu dicekup supaya mereka dapat kahwin selepas ini. Haa, itu lagi brutal!
Kenyataan itu kebetulan disokong oleh kenyataan Norman dalam akhbar hari ini yang mengaku tidak kisah memperisterikan Memey. Adakah mereka akan berkahwin atau adakah mereka hanya perlu mengesahkan perkahwinan mereka? Semua ini hanya andaian masyarakat dan Murai Batu hendak tunggu dan lihat apa akan terjadi seterusnya.
Walau apapun,simpati dengan Abby kerana dia terpaksa menerima ini semua dalam tempoh hari berpantang. Tapi yang nyata, apabila Abby hendak minta cerai dari Norman, ia mesti berlaku di lokasi penggambaran Datuk Yusof Haslam. Dulu di Chow Kit, sekarang pula di Wangsa Maju. Kita tak mahu ia menjadi penceraian jalanan, harap-harap tidak!
sensasi: Hendak melihat kesudahan hubungan Fasha Sandha dengan seseorang yang dikatakan bekas suami orang. sapa lagi kalau bukan bekas suami nora danish
Lihat Gambar2 memey si bengong nie...bodoh pompuan nie
dulu penah kene gosip ngan farid kamil
No Response to "Norman kahwin Memey,cerai Abby?"
Leave A Reply