Jom cari dalam sensasi blog

Friday, November 7, 2008

Fahrin Temui Cinta Baru

Posted on 7:20 PM by Sitcom


CINTA 'teman tapi mesra' antara Fahrin Ahmad dan Linda Onn kini tersimpan dalam lipatan sejarah. Betul kata pepatah, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum apabila Fahrin kini tidak lagi keseorangan apabila dia kini dikatakan sudah ada kekasih baru. Gosip terbaru yang diperoleh mengatakan Fahrin kini sering dilihat bersama aktres remaja, Scha yang bakal muncul dengan filem pertamanya, Antoo Fighter dan drama bersiri lakonannya, Awan Dania pula disiarkan menerusi Astro Ria.

Terbaru, Fahrin dan Scha dilihat datang beriringan ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), baru-baru ini, apabila Zubir sendiri menjemput mereka di lobi hotel. Apabila pasangan dua sejoli itu melintas di depan rakan artis, mereka sekadar melemparkan senyuman apabila diusik.

Di satu sudut, sempat bertanya Fahrin sejauh mana perhubungannya dengan Scha. “Kami perlukan masa dalam perhubungan ini, sama seperti pasangan lain. Cuma saya tidak mahu lagi melabel perhubungan saya dan Scha sebagai ‘teman tapi mesra’. Kali ini saya tak mahu berselindung, kami berpijak di bumi nyata.”

Z pula tidak berapa mengenali Scha secara peribadi, tapi apa yang Z maklum, Scha sebelum ini tidak pernah dikaitkan menjalin hubungan serius dengan sesiapa. Justeru, Fahrin dan Scha dipertemukan dalam masa, tempat dan situasi yang sesuai!

“Saya selesa berkawan dengan Fahrin. Kini, saya sedang mengenali dirinya. Kami mula rapat ketika sama-sama berlakon drama Lemas Dalam Cinta. Kami berkawan dan lama-kelamaan nampaknya ada keserasian antara kami. Jadi, berilah kami masa,” kata Scha berterus-terang ketika ditemui sebelum majlis berakhir.

No Response to "Fahrin Temui Cinta Baru"

Leave A Reply