Jom cari dalam sensasi blog
Wednesday, June 25, 2008
Linda Onn dan Fahrin Berpisah..
Linda Jelas Perkara Sebenar
Dalam segmen ‘Jawab, jangan tak jawab’ Hip hari ini, Linda Onn membuat penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fahrin Ahmad yang dikatakan sudah tidak bersama lagi. Tetapi kalau dibaca temuramahnya itu, Linda mati-mati menegaskan yang mereka tak pernah bercinta pun jadi mustahil mereka putus cinta! Iya-lah, kan selama ini mereka hanya mengaku sebagai ‘teman tapi mesra’.
“Sejak awal lagu sudah saya nyatakan antara saya dan Fahrin hanyalah sekadar kawan biasa dan tidak pernah bercinta. Malah sejak kami berkawan lagi saya tidak pernah membuat pengakuan kepada sesiapa yang kami adalah pasangan kekasih,” katanya.
Walaupun mengakui Fahrin seorang lelaki yang baik tetapi apakan daya jika mereka tidak dijodohkan untuk bersama. Linda, bagi pengetahuan semua, sudah lama bersedia menjadi isteri orang. Dalam doanya, dia berharap ditemukan dengan lelaki idalamnya – seorang lelaki yang lengkap solatnya, beriman kuat, menyayangi diri dan keluarganya, dan tidak mengasarinya.
Bila ditanya jika Fahrin hanya berfungsi sebagai ‘social escort’, Linda menjelaskan yang persahabatan mereka berlandaskan kepada keikhlasan.
“Apabila anda melihat kami keluar bersama itu maknanya hubungan kami sama seperti mereka yang mempunyai kawan iaitu keluar bersama-sama dan bukannya untuk menjadi bahan ‘tayangan’ seperti yang didakwa. Saya bukan orang seperti itu.”
No Response to "Linda Onn dan Fahrin Berpisah.."
Leave A Reply