Jom cari dalam sensasi blog

Saturday, April 19, 2008

Ikin pakai Baju Pengantin>??!!

Posted on 5:42 AM by Sitcom


Cantiknya Ikin memakai gaun pengantin? Emmmm... dah tak sabar-sabar nak jadi pengantin baru ker? Yalah green light dah dapat dan buah hatinya Mawi juga sudah mengaku secara terbuka menyukai Ikin. Ikin juga dah slow down dah berlakon. Kira pada bila-bila masa pun kalau Mawi ajak kahwin, Ikin sedia bagi komitmen.

Ikin muncul berpakaian pengantin ni dalam majlis Malaysian Bridal Gown Designers Showcase di Great Eastern Mall, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 18 April 2008 lalu. Cantik tak Ikin pakai gaun pengantin? Berseri-seri wajah Ikin. Sedang bahagialah katakan. Lantaklah Ikin kalau ada orang nak mengata apa-apapun.

"Ikin memang dah kurang berlakon sekarang," kata Ikin.

Kalau dah kurangkan aktiviti berlakon tu, pasti ada apa-apa yang bakal berlaku tak lama lagi. Tunggulah apa-apa pengumuman dari Ikin atau Mawi.

No Response to "Ikin pakai Baju Pengantin>??!!"

Leave A Reply