Jom cari dalam sensasi blog

Friday, January 1, 2010

Malam Berinai Kecil Ala Maghribi Serina Tercemar Dek Ketiadaan 'Emcee'

Posted on 3:17 AM by Sitcom






KEINDAHAN malam ala Maghribi sempena majlis berinai kecil anak perempuan Chef Wan, Serina Redzuawan pada malam tadi tercemar gara-gara ketiadaan pengacara majlis, Zalina Azman, bekas personaliti TV3.

Menurut Chef Wan, masalah tersebut berlaku apabila Zalina tersalah faham dengan dua buah majlis berinai yang dirancang dalam resepsi perkahwinan Serina.

“Zalina salah faham dengan majlis itu dan meminta maaf kerana tidak dapat hadir melalui SMS sahaja pada saat-saat akhir.

“Saya kecewa dan terkilan dengan tindakan Zalina yang memaklumkan tidak dapat datang hanya pada saat-saat akhir melalui SMS.

"Saya minta maaf kepada pihak media kerana membuatkan media tidak selesa dan terpinga-pinga dengan tentatif dan perjalanan majlis ini.

“Bagaimanapun, saya menganggap apa yang berlaku ini mungkin dugaan dari Tuhan,” kata Chef Wan yang kelihatan risau dengan kelancaran majlis itu.


Serina kelihatan persis Puteri Maghribi ketika menggayakan persalinan utama yang berkonsepkan Maghribi dengan rona hitam rekaan Jovian Mandagie. -foto The Star

Difahamkan, Zalina telah menerima bayaran untuk melunaskan tanggungjawab tersebut. Atas sebab itu, Zalina berjanji akan mengendalikan majlis berinai besar di NEO, Jalan Sultan Ismail pada malam ini.

Walaubagaimanapun, majlis itu tetap berjalan dengan lancar dan meriah tanpa pengacara majlis di Al Halabi lounge, Hotel J.W Marriott, Kuala Lumpur.

Pada jam 9.30 malam, Serina muncul dengan mengenakan empat persalinan pakaian secara satu persatu dalam majlis itu.


Serina dan bakal suaminya, Gavin atau Salahudin Ghafar.

Keanggunan Serina, persis seorang Puteri Maghribi jelas terpancar ketika menggayakan persalinan utama rona hitam rekaan pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie di samping solekan dan dandanan oleh Baby Elle.

Menariknya, persalinan itu mengikut potongan kaftan berpanel dan dihiasi 20 jenis manik yang pelbagai bentuk.

Tiga lagi persalinan termasuk kebarung songket berwarna hijau kiwi, cheongsam bermotifkan naga dan gaun petang lace berwarna kelabu berserta tiara dan layah pula ditaja oleh Butik Pengantin Nasha dari Ipoh, Perak.


Bakal pengantin bersama bapa Serina, Chef Wan dan ibu Serina, Norhayati Ayob.

Kegemerlapan empat persalinan Serina di majlis itu turut diserikan dengan sebuah persembahan tarian ala padang pasir (belly dance) oleh tiga orang penari dari Malaysia, Mexico dan Lubnan.

Majlis yang hanya berakhir menjelang tengah malam itu telah dihadiri lebih 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan rapat.


Serina tampak ayu menggayakan kebarung songket berwarna hijau kiwi.

Serina dan bakal suaminya, Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islam Salahudin Ghafar dinikahkan pada pukul 11 pagi ini di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Seterusnya, pasangan pengantin akan diraikan dalam majlis berinai besar pada sebelah malamnya di NEO, Jalan Sultan Ismail sebelum melalui majlis bersanding di The Royale Chulan malam esok.

No Response to "Malam Berinai Kecil Ala Maghribi Serina Tercemar Dek Ketiadaan 'Emcee'"

Leave A Reply