Jom cari dalam sensasi blog

Monday, October 19, 2009

Cepatnya dapat anak ( AYU one in a Million????)

Posted on 11:10 AM by Sitcom



ENTAHLAH apa yang harus CAK kategorikan mengenai kisah seorang ini. Episod ini boleh berlaku pada sesiapa yang lemah hati dan iman. Sangat memalukan bila ia terjadi kepada mereka daripada kalangan artis, orang dikenali.
Bertambahlah pandangan hitam terhadap manusia seni ini.

Baru-baru ini ada teman yang bertugas di sebuah syarikat pengurusan artis mengadu susah berurusan dengan seorang artisnya. Sudahlah tak dengar cakap, suka pula menghilangkan diri.

Pendek kata, dia mati akal dengan artis yang gemar bikin masalah itu. Selidik punya selidik, rupa-rupanya ada sebab mengapa dia ‘ghaib’.

CAK dapat tahu artis ini cuba menutup aib hasil keterlanjuran hubungannya dengan suami orang yang bekerja di sebuah kilang. Senang cerita, artis ini mengandung anak luar nikah.

Bagaimanapun, tiada yang perasan perubahan fizikalnya kerana perutnya kecil, malah dia sering memakai baju ala baby doll yang menjadi trend masa kini.

Kebetulan pula rumah tangga lelaki itu berantakan ketika mula bermain cinta dengan artis terbabit. Maksudnya, artis itu bukan penyebab keruntuhan rumah tangganya.

Cuma yang tak sedap apabila sumber yang memberitahu CAK, lelaki itu bukan cinta sangat pada artis berkenaan, sebaliknya cintanya kepada wang dimiliki penyanyi itu.

Khabarnya, pasangan ini melangsungkan perkahwinan 5 Syawal lalu dan seminggu kemudian si artis yang perasan cantik itu melahirkan zuriatnya yang ketika itu baru berusia tujuh bulan.

Mungkin mahu mengelak rahsia mereka terbongkar, artis ini balik ke rumah mentuanya di Perak. Sudahnya, sampai hari ini syarikat pengurusan tidak dapat menghubunginya.


CAK hanya mampu geleng kepala kerana sebelum ini pernah juga CAK tegur sikapnya yang mula besar kepala. Daripada penelitian CAK, artis ini mengalami kejutan budaya hingga hanyut sejauh ini.


Mujur dia berkahwin, kalau ditinggalkan begitu saja, sia-sialah jawabnya. Silap hari bulan anak yang tak berdosa diperkenalkan sebagai adik atau anak angkat.

No Response to "Cepatnya dapat anak ( AYU one in a Million????)"

Leave A Reply