Jom cari dalam sensasi blog
Sunday, October 4, 2009
Aleeza Selamat Jalani Pembedahan Jangkitan Kuman Di Kepala
AKTRES dan model, Aleeza Kassim telah selamat menjalani pembedahan mengeluarkan cecair kuman dari bahagian kepalanya di Hospital Pakar Damansara pada jam 1 tengahari kelmarin (29 Disember).
Menurut seorang kenalan rapat Aleeza pembedahan selama 3 jam tersebut bertujuan menyedut cecair kuman di bahagian kepala Aleeza melalui hidung dan juga otak.
“Dia dimasukkan ke hospital kelmarin untuk menjalani pembedahan di bahagian kepalanya.
“Suami Aleeza, Mohd Fauzi Che Rus yang menghantarnya ke hospital.
“Pembedahan tersebut bertujuan untuk menyedut cecair di bahagian muka dan kepalanya yang dipercayai akibat jangkitan kuman, bukan kerana mengalami pendarahan dalam otak.
“Doktor cuba memasukkan wayar melalui hidung dan otaknya untuk menyedut kuman tersebut dan sekarang dia berada di dalam keadaan stabil, boleh bercakap dan makan,” katanya yang tidak mahu mendedahkan identitinya.
Menurutnya juga, Aleeza telah menelefonnya sehari sebelum dimasukkan ke hospital memberitahu bahawa dia (Aleeza) mengalami kesukaran untuk bernafas, penat, deman dan migrain.
“Sehari sebelum dia dimasukkan ke hospital, dia ada telefon saya dia kata dia mengalami kesukaran untuk bernafas, penat, demam dan migrain.
“Masa dia telefon saya itu juga, dia beritahu saya dia akan jalani pembedahan pada hari ini dan dia minta saya datang untuk teman dia di hospital,” katanya.
Menurutnya lagi, keadaan Aleeza selepas sehari menjalani pembedahan tersebut agak kurang baik, namun setelah dua hari Aleeza telah menunjukkan perubahan yang baik.
“Masa selepas pembedahan tersebut, saya lihat keadaan dia tidak berapa baik begitu juga sehari selepasnya.
“Dia mengadu pada saya dia rasa sakit-sakit di bahagian muka dan kepalanya, dan kadangkala ada darah mngalir keluar dari hidungnya.
“Tetapi selepas dua hari tempoh pembedahan, dia menunjukkan perkembangan yang positif di mana dia sudah boleh bercakap dan makan makanan yang lembut seperti bubur.
“Selepas hari pembedahan tersebut, Aleeza dijaga oleh suaminya sehingga hari ini di hospital,” katanya.
Menurut kenalan rapat Aleeza ini, model tinggi lampai itu dimasukkan ke hospital tanpa pengetahuan umum dan hanya dikhabarkan kepada ahli keluarga Aleeza dan rakan-rakan yang rapat sahaja.
“Memang Aleeza minta tidak dihebohkan mengenai dia dimasukkan ke hospital, dia hanya ingin ahli keluarganya dan rakan-rakan yang rapat sahaja tahu.
“Sewaktu pembedahan hari itu juga, semua ahli keluarganya hadir di hospital,” ujarnya.
Katanya lagi, berkemungkinan Aleeza akan dibenarkan pulang ke rumah dalam sehari dua lagi jika terus menunjukkan perubahan positif.
No Response to "Aleeza Selamat Jalani Pembedahan Jangkitan Kuman Di Kepala"
Leave A Reply