Jom cari dalam sensasi blog
Tuesday, September 1, 2009
Mungkinkah Tun Daim Zainuddin orang Melayu terkaya di dunia?
SIAPA tidak kenal bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.
Bertubuh kecil dan tidak sukakan publisiti, hingga beliau pernah dikenali
sebagai ‘Daim Yang Diam’
Aku terpanggil untuk menulis entry mengenai Daim bila aku terbaca senarai
orang terkaya di Forbes dan juga di majalah Malaysian Business. Aku tak tahu
apa ‘formula’ yang digunakan oleh kedua-dua majalah ini dalam meletakkan
‘ranking’ seseorang individu itu dari segi pengumpulan harta. Namun
seperkara yang menarik adalah nama Daim tidak pernah tersenarai walaupun
dalam tangga ke-100 individu terkaya di Malaysia. Apatah lagi di kalangan
mereka yang terkaya di dunia.
Hinggalah suatu hari aku dihantar melakuka n tugasan Tanzania. Ketika itu
aku hendak menukar ‘travellers cheque’ di sebuah bank berhampiran Dar-
Es-Salam, ibu negara republik berkenaan.
Aku ingat lagi nama bank itu, International Bank of Commerce (ICB). Untuk
pengetahuan korang, aku tiba-tiba tergamam sebentar sebaik saja melangkah
masuk ke perkarangan bank tersebut.
Mahu taknya, potret Daim ’sebesar-besar alam’ tergantung di dalamnya. Dalam
hati aku berkata, apa kejadahnya gambar Daim kat dalam ni? Ke ada manusia
lain kat Tanzania ni muka macam Daim?
Tapi bila fikir balik, mustahil pulak, kecualilah ada rakyat Afrika yang
‘albino’ jadi taukeh bank (sebab Daim ni agak cerah orangnya)
Sebaik saja selesai urusan, aku terus pergi berjumpa salah seorang pegawai
bank di situ. Aku berpura-pura tanya siapakah lelaki dalam bingkai gambar
yang besar itu.
“For your information Sir, he is the owner of this bank, Mr. Daim Zainuddin.
We’ve got 59 branches in Indonesia, 23 branches in Africa itself plus nine
branches in Eastern Europe,” katanya dalam ‘accent’ Afrikanya yang pekat
itu.
Ambik ko! Sejak hari itu aku tak percaya lagi ‘ranking’ orang-orang terkaya
di dunia yang dikeluarkan oleh Forbes.
Sejak itu juga, aku percaya masih banyak manusia di luar sana yang
sememangnya berlipat kali ganda kaya tetapi terus ‘low profile’…seperti mana
‘Daim Yang Diam’.
Siapa kata Melayu tak hebat?
(Dua tahun lepas ICB menerima anugerah ‘Bank Terbaik 2006’ daripada The
Banker di London.)
2 Response to "Mungkinkah Tun Daim Zainuddin orang Melayu terkaya di dunia?"
mungkin juga.forbes sebenar terhad untuk menilai harta orang lain.
contohnya :
Raja Thai sebelum ini tidak membenar hartanya dikaji.tahun tiba-tiba terbuka hatinya.membenar hartanya dikaji.terkejut besar lebih kaya dari sultan Brunei.........
tun daim tidak tersenarai dlm mana mana list top malaysia or asia kerana beliau bukan purely bussinessman.beliau ada political history yg mana benda benda mcm tu sensored sket dlm mesia.Sebelum DEB dilancarkan tun daim telah menjadi developer melayu pertama dan jugak boleh jadi millionaire melayu pertama bukan keturunan raja.
banyak figure yg hebat korporat melayu adalah hasil anak didik tun daim atau dlm bahasa sesetengah pihak "proksi".listnya bermula dari tan sri wan azmi,halim saad,allahyarham yahya ahmad,tajudin ramli and bnyk lagi yg low profile yg jrg kita kenali. bos to the millionaire should be billionaire.
dig more about daim,u gonna find hes bigger than any of us could predict.
Leave A Reply