Jom cari dalam sensasi blog

Tuesday, December 2, 2008

amy-search-mewalikan-pernikahan-nabila-huda-zaidy-zailani

Posted on 5:55 AM by Sitcom




Seronok rasanya melihat Amy Search mewalikan sendiri pernikahan anak gadis beliau Nabila Huda dengan Zaidy. Majlis pernikahan yang berlansung di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, hari ini, menyaksikan dua hati menjadi satu setelah lebih enam tahun pasangan ini menyulam cinta.


“Saya amat bersyukur kerana hubungan yang kami jalin bertahun-tahun ini berakhir dengan perkahwinan. Saya sendiri tidak pernah merancang untuk mengakhiri zaman solo pada usia ini, tetapi nampaknya jodoh sudah sampai.

“Banyak dugaan yang telah kami tempoh bersama apatah lagi dia adalah cinta pertama saya. Insya-Allah, saya akan cuba untuk menjadi isteri yang terbaik buatnya,” kata Nabila yang harijadinya jatuh pada hari ini. Hari yang sangat bermakna buat Nabila Huda & Zaidy.

No Response to "amy-search-mewalikan-pernikahan-nabila-huda-zaidy-zailani"

Leave A Reply