Jom cari dalam sensasi blog
Wednesday, March 12, 2008
Cerita lawak tak sangka..hahaha
Bogel
Kitty dan suaminya sedang mandi bertelanjang dalam bilik air ditingkat
atas rumah mereka, tiba tiba lonceng pintu berdering... ring
..ring..ring. ...Maka si Kitty terus membungkus tubuhnya dengan tuala dan
berlari kebawah untuk membuka pintu.
Rupa-rupanya, Robert jiran rumah mereka berdiri di depan pintu dan
berkata " Oh..Minta maaf kerana menggangu u yang sedang mandi.."
Kitty menjawap " tidak apa, biasalah tu..apa u mahu"
Robert terus dengan ghairahnya menjawap " Ohh..Kitty.. u mempunyai kulit
putih melepak harus bak sutera , jika I offer u RM100.00 sanggupkah U
menanggalkan tuala bahagian atas sebagai balasan???"
Dengan secepat kilat tanpa berfikir panjang maka ditanggalkan bahagian
atas tuala memperlihatkan buah dadanya yang menbukit demi wang
RM100.00..
"WOW" Robert dengan mata terbeliak menghayati buah dadanya yang secara
langsung memberangsangkan semangatnya sekaligus menawarkan RM100.00 lagi
kepada Kitty untuk menanggalkan kesemua tualanya!!
"kenapa tidak" balas Kitty "itu ganjaran yang amat lumayan" dan terus
melonggarkan tualanya memperlihatkan keayuan tubuh yang mengiurkan tanpa
seurat benang pun!!.
Maka Robert dengan air liur yang meleleh keluar dan merasa rimas yang
amat ketara seperti disimbah air sejuk dengan bahagian zip seluar yang
seakan-akan pecah terus menyerahkan Note Rm200.00 kepada Kitty tanda
kepuasa yang tak terhingga sambil berlari pulang ke rumahnya untuk
melakukan latihan 'menembak'.
apabila Kitty kembali ke bilik air untuk menyambung balik mandinya maka
suaminya bertanya " Siapa yang membunyikan lonceng pintu ?"
"Jiran kita, Si Robert" Jawap Kitty
"Robert??" Tanya Suaminya "Adakah dia memulangkan Wang RM200.00 yang
dipinjam dari saya tempoh hari??"
Isteriku Liza...
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil
membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik
isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana
dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah
dah siap ni."
Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak
mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung
macam ni, ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni
abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya
tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam.
Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan
isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata
dalam hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama
keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar
untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan
Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua
kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap
pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari
tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai
kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju
sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan
kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas
ekspres di depannya tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya
memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi
bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear
3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya
tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!
"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka
matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan
Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin
menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis
semahu-mahunya di depan emaknya.
Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak,
Liza?" Usin masih terus menangis.
PANGGG!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin
terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya
isteri! Kerja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi
senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus
merungut sambil berlalu keluar....
...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin
biskut! Malu beb!!
Sekian.
Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi
Jelingan ayah...
Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku
membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau
aku
mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh
letakkan
semula gula-gula itu ke tempatnya semula.
Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang
rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham
maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu
semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam
tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan
latahan
tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah
mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku
dirotannya.
Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.
Kisah Kasih Suami Pada Isteri
Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand.
Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah
meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.
Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh
jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur
isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi,
tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua
minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan
beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.
Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat
cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada
siapa lagi di kampung ini buat begitu."
Pak Mat menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas
yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin
pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu."
" Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat
tumbuh...... "
No Response to "Cerita lawak tak sangka..hahaha"
Leave A Reply