Jom cari dalam sensasi blog

Thursday, November 29, 2007

Kawan Baik

Posted on 7:17 PM by Sitcom

KAWAN BAIK

Amin datang menemui dua orang sahabat baiknya Bakar dan Husin yang sedang melepak dengan kaki yang berbalut simen. Ini kerana dia baru sahaja mengalami kemalangan motosikal.

Bakar: (Sambil ketawa tanpa simpati).

Amin, lawanya 'stokin' kau. Beli kat mana? Hahaha...

Husin: (Turut ketawakan Amin). Yela, Besar lak tuh. Boleh masuk 2 kaki sekali. Kahkahkah...

Amin: (Dengan muka sedih). Aku jatuh motor lah.

Bakar: Tu la... Kalau dah tahu kaki tu pendek tak payah lah gatal nak bawa motor.. Hahaha... (Masih lagi gelakkan Amin)

Amin: Tapi, aku jatuh pakai motor kau, Bakar...

Bakar: Tidak!!!.. TZM aku.. Kau kejam, Amin. (Dah menangis..)

Melihat kan keadaan itu semakin kuat pula si Husin ketawakan kedua-duanya.

Amin: Lepas tu pulak kan...

Husin: Ha ah.. ( sambil gelak...)

Amin: Aku terlanggar pulak awek kau, Rosnah. Sekarang tengah ICU kat hospital.

Husin: Tidak!!!... Awek aku..( Kali ini dia ni pula menangis..)

Moral: Jangan gelakkan orang.

No Response to "Kawan Baik"

Leave A Reply