Jom cari dalam sensasi blog
Sunday, November 4, 2007
Jokes:Cerita ceriti
UNTUNG
Dalam siaran berita terkini disalah satu TV swasta, ada memuatkan berita rompakan di sebuah kedai elektronik di ibu kota. Kerugian dianggarkan berjumlah RM3 juta ringgit. Seorang pemberita dilihat sedang menemuramah pemilik kedai tersebut..
Pemberita: Berapakah kerugian yang Tokey alami kerana rompakan ini?
Tokey: Aiyaa gua lasa aaaa.. kila-kila.. 3 juta libeeh, tapi waa masih untung wooo...
Pemberita: Macammana pulak tokey boleh kata masih beruntung....?
Tokey: Gua masih beruntung aaa.. kilana itu keculian terjadi ini hali, bukan semalam aa..
Pemberita: "Habis tu apa bezanya semalam atau hari ini ..Tokey???
Tokey: Aiyaa kilana ini hari semua wa punya balang.. wa sudah kasi liskaun 50% semalam talak liskaun..
KEDAI BARU
Sam dan Dol sedang berehat setelah penat mempersiapkan kedai yang
mereka akan buka dua-tiga hari lagi. Kedainya dah siap tapi
barang-barangnya belum sampai lagi. Dalam berbual-bual, Sam
mencadangkan mereka "mengenakan" orang yang bertanya tentang kedai
mereka itu. Dol setuju saja -- memang satu kepala dengan Sam.
Tak lama kemudian, lalulah Pak Pandir di depan kedai mereka.
Dilihatnya kedai itu kosong saja, lalu Pak Pandir bertanya kepada
mereka berdua, "Anak-anak ni jual apa?"
Sam dengan rasa geli perutnya (sebab dapat mangsa pertama) pun
menjawab, "mangkuk hayun.". Dol ketawa berdeket-deket -- kononnya
kelakar le tu.
"Laku jugak ye", kata Pak Pandir pula. "Tinggal dua saja",
tambahnya sambil tersenyum dan berlalu.
HARTA PAK PANDIR
Pak Pandir adalah seorang anak yang baru saja mendapatkan harta warisan setelah ayahnya meninggal. Tetapi ia bingung di manakah ia perlu simpan wang tersebut. Hendak simpan di bank takut kalau-kalau banknya bangkrup. Diletak dibawah bantal, nanti diambil pencuri.
Setelah berfikir cukup lama, akhirnya ia mendapat ide, ia me nana m wang itu dibelakang rumahnya, lalu memasang papan p erin gatan dengan tulisan yang sangat besar "TIDAK ADA WANG DISINI!". Ternyata temannya Pak Pandir yang bernama Si Luncai melihat apa yang dilakukan Pandir.
Setelah lewat tengah malam, Luncai pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tesebut. Setelah ia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Luncai mengganti tulisan yang ditulis Pandir dengan ayat "BUKAN LUNCAI YANG AMBIL!".
Pak Pandir di Lebuhraya
Pak Pandir sedang memandu kereta di lebuhraya Utara Selatan, tiba-tiba handphonenya berbunyi, lalu Pak Pandir pun mengangkatnya.
Ia mendengar suara ist erin ya Mak Andeh memp erin gatinya supaya berhati-hati, "Pak Pandir, saya baru saja dengar di radio, ada sebuah kereta yang bergerak bertentangan arah di lebuhraya. Tolong berhati-hati!".
"Gila!!!," kata Pak Pandir, "Bukan satu, tapi beratus-ratus!"
DAH MASUK LAPAN BULAN NI...
Seorang wanita yang sedang hamil 8 bulan pergi ke bank untuk membayar hutang
rumahnya yang tertunggak sebanyak 3 bulan...
Setelah mendapat gilirannya di kaunter.. pegawai berkenaan terus bertanya
tentang loan yang ingin dibayarnya...
"Berapa bulan, Puan...?"
Dengan tersipu-sipu wanita itu menjawab.
"Dah Masuk lapan bulan ni..." sambil mengusap2 perutnya.
No Response to "Jokes:Cerita ceriti"
Leave A Reply